Home » Jackson Hole dan Kepentingannya

Jackson Hole Symposium merupakan satu persidangan yang dianjurkan oleh Federal Reserve Bank of Kansas City berkenaan dengan polisi ekonomi yang diadakan di Jackson Hole, Wyoming. Persidangan ini dikenali sebagai salah satu persidangan yang paling lama wujud di dunia. Persidangan ini juga telah diadakan di Jackson Hole, Wyoming sejak tahun 1982 lagi. Jurubank bank pusat, pakar ekonomi, peserta pasaran kewangan, dan para pegawai besar Amerika Syarikat merupakan golongan peserta yang kerap menghadiri persidangan ini.

 

Kira-kira seramai 120 orang peserta yang selalu mengambil bahagian di dalam persidangan ini tiap tahun. Mengikut kajian daripada Investopedia para peserta yang menghadiri persidangan ini mewakili latarbelakang dan daripada industri yang berbeza. Setiap tahun, pihak Federal Reserve Bank of Kansas City akan memilih dan meneliti beberapa topik yang spesifik untuk dibincangkan.

 

Beberapa topik yang menarik telah dibincangkan pada beberapa tahun lepas. Antaranya ‘Changing Market Structures and Implications for Monetary Policy‘ yang dibangkitkan sebagai topik perbincangan pada tahun 2018 dan ‘Central Bank Balance Sheets and Financial Stability‘ yang dibincangkan pada tahun 2016. Fokus utama pada tahun ini berkenaan dengan ‘Reassessing Constraints on the Economy and Policy’. 

 

 

Kepentingan Jackson Hole

Pemimpin utama US Federal Reserve selalunya akan menggunakan persidangan Jackson Hole untuk membuat pengumuman yang penting yang bertujuan untuk membentangkan polisi kewangan mereka dengan lebih teliti. Ketua bank pusat Amerika Syarikat pertama yang menghadiri persidangan ini ialah Paul Volcker. Sejak daripada penyertaan beliau, semua pegawai besar bank pusat Amerika Syarikat telah menghadiri persidangan Jackson Hole pada tahun-tahun yang berikutnya. Menurut Viram Shah yang merupakan Co-founder dan CEO Vested Finance mengatakan bahawa;

Tradisinya pegawai Bank Pusat Amerika Syarikat telah menggunakan persidangan Jackson Hole untuk menyediakan matlumat terkini tentang keadaan ekonomi dan juga memberi petunjuk tentang sebarang perubahan dasar yang berkemungkinan akan berlaku. Memandangkan kita berada di dalam kemelesetan ekonomi, persidangan ini akan menjadi acara yang penting untuk para pelabur.

 

 

Jangkaan Pada Tahun 2022

Peserta pasaran kewangan sedang menunggu kata-kata dan pembentangan yang akan dilakukan oleh Pengerusi US Federal Reserve iaitu Jerome Powell pada persidangan Jackson Hole tahun ini. Ucapan beliau dijangkakan akan pemberi penerangan berkenaan dengan dasar bank pusat mengenai inflasi dan kenaikan kadar faedah untuk beberapa bulan akan datang. Para peserta pasaran kewangan dan ekonomis juga akan mengharapkan penerangan terhadap tindak balas bank pusat berkenaan dengan cara untuk menangani senario kemelesetan serta pandangan Jerome Powell terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

 

Nada daripada Jerome Powell juga akan membantu para pelabur untuk mengukur arah aliran masuk dan trend pasaran berdasarkan polisi kadar faedah yang akan dibincangkan. Menurut pakar, Federal Reserve akan mengurangkan tahap kelajuan terhadap penetapan kadar faedah pada bulan-bulan yang mendatang. Jika jangkaan ini betul, Jerome Powell akan meninggalkan petanda yang penting pada ucapannya di persidangan Jackson Hole. Peserta pasaran juga akan menunggu akan ucapan beliau terhadap rancangan bank pusat untuk mengawal inflasi serta mengehadkan kerosakan pertumbuhan ekonomi negara.

 

Rich Dad Poor Dad

 

Ikuti kami untuk mendapatkan info dan berita terkini berkenaan perkembangan isu global dan tempatan. 

Twitter Market Demon

Telegram Market Demon

Facebook Market Demon

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.