Home » Jenis-jenis Trader

Jenis-jenis Trader

Terdapat pelbagai jenis trader yang wujud dalam pasaran. Perbezaan antara trader yang baik dan yang hebat adalah trader yang hebat mempunyai keberanian, naluri, bijak dan yang paling penting ialah pengaturan masa (timing). Sepertimana bilangan trader yang ramai, bilangan timeframe yang digunakan untuk membantu trader mencari idea dan melaksanakan stratergi juga sama banyaknya.

 

Pada masa yang sama, pengaturan masa dapat membantu trader mengambil kira perkara di luar kawalan mereka seperti kesan news yang berjadual dan tidak berjadual. Kesannya, pengaturan masa sentiasa menjadi perkara utama apabila terlibat dalam dunia pertukaran asing dan hal ini kerap diabaikan oleh trader baru.

 

Apabila bercakap tentang masa, trader cenderung untuk menjadi salah satu daripada empat kategori trader iaitu:

  1. Scalping Trader
  2. Intraday Trader
  3. Swing Trader
  4. Position Trader

 

Scalping Trader

 

Scalping trader ialah pedagang jangka masa pendek yang memfokuskan pada posisi pada timeframe yang kecil untuk beberapa saat atau minit. Strategi ini akan menyebabkan dagangan yang kerap sepanjang hari untuk mencapai keuntungan pada masa yang paling cair. Mereka selalunya memberi reaksi dengan memproses maklumat baru dan bertindak balas terhadap perubahan pasaran dengan pantas

 

Intraday Trader

 

Trader jenis ini selalunya mengelak dari memegang apa-apa posisi selepas sesi telah tutup dan akan berdagang dengan pair yang mempunyai volume tinggi. Pada hari yang biasa, trader jangka masa pendek ini biasanya menyasarkan pulangan yang cepat dalam satu atau dua dagangan. Ini adalah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih pada satu hayunan yang kecil. Disebabkan itu, trader cenderung menggunakan timeframe yang lebih kecil seperti:

  1. 1 Hour
  2. 15 Minutes

 

Intraday Trader
GBP/JPY M15

 

Sebagai contoh, pair Pound/Yen atau lebih dikenali GBP/JPY yang ditunjuk antara salah satu pair yang mempunyai kadar turun naik (volatility) yang tinggi. Sepanjang sesi Euro berlangsung, pair tersebut bergerak dalam jumlah yang banyak dalam masa satu hari dan sesuai untuk berdagang dalam jangka masa yang singkat.

 

Swing Trader

 

Trader jenis ini lebih memilih untuk memegang sesuatu posisi selama beberapa jam atau mungkin sampai beberapa hari bahkan mengambil masa yang lebih masa untuk mengambil satu pusingan dalam pasaran. Tidak seperti Intraday Trader, mereka mencari keuntungan dalam pasaran daripada permulaan sesuatu trend sehingga siap satu pusingan yang lengkap. Dengan erti kata lain, pengaturan waktu pada Swing Trader juga memainkan peranan yang penting.

 

Seorang Swing Trader yang bijak akan mengambil posisi dalam pasaran yang mempunyai kecairan tinggi seperti pair “Cable” iaitu GBP/USD. Sebagai contoh rajah menunjukkan bagaimana Swing Trader mengambil kesempatan pada peluang yang ada di pasaran dengan memanfaatkan pusingan yang lengkap. Satu pusingan tersebut mengambil masa selama 3 hari untuk menjadi lengkap.

 

Swing Trader
GBP/USD H4

 

Position Trader

 

Trader jenis ini memegang sesuatu posisi dalam masa yang lebih lama berbanding daripada yang lain kerana perbezaan perspektif terhadap pasaran. Mereka tidak memantau pasaran untuk jangka masa yang pendek atas alasan mereka lebih cenderung melihat pelan jangka masa panjang sesuatu matawang. Mereka mengambil masa berhari-hari, berminggu, berbulan dan ada yang sehingga bertahun untuk sesuatu pasangan.

 

Pengurus portfolio tukaran asing akan mengambil kira keadaan ekonomi, keputusan kerajaan, kadar faedah dan isu fundamental yang lain untuk membuat keputusan dagangan. Pelbagai pertimbangan akan dibuat dalam mana-mana matawang utama yang mempunyai kecairan tinggi. Hal ini termasuk dalam kebanyakan matawang G7 yang selaras dengan kegemaran kebanyakan peserta pasaran.

 

Time is your friend, impulse is your enemy – John Bogle

 

Timeframe sangat penting kepada semua pedagang kerana perkara ini menjadi salah satu pertimbangan yang kritikal dalam strategi individu dan perlaksanaannya. Dengan mengambil kira kepentingan dan langkah berjaga-jaga, pengetahuan tentang masa dalam perdagangan akan dapat membantu pedagang ke arah yang lebih baik.

 

Baca juga: Apakah yang dimaksudkan dengan NFT?

Ikuti kami di Twitter: Market Demon

Ikuti kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.