Home » Kenali Perancis di Eropah

Kenali Perancis di Eropah

Kedudukan Perancis di Eropah
Gambar : Kedudukan Perancis di Eropah

 

Perancis atau secara rasminya dikenali sebagai ‘French Republic’ merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan barat Eropah. Negara ini banyak menyumbang kepentingan dari segi sejarah dan ekonomi di Eropah. Perancis terletak di antara dua laut Mediterranean dan Laut Utara Selatan Selat Inggeris serta dari Sungai Rhine ke Lautan Atlantik. Perancis merupakan negara yang dikenali di seluruh dunia kerana selama beratus-ratus tahun Perancis telah menjadi contoh dari segi ekonomi, budaya dan sejarah di seluruh dunia.

 

Sejarah Ringkas Perancis

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, Perancis merupakan salah satu negara yang mempunyai sejrah panjang dan terawal dari segi pembangunan negara yang teratur. Pada tahun 1600-an Perancis merupakan negara yang paling kuat pengaruhnya di Eropah. Perancis mula mengalami masalah ekonomi kewangan yang bermula dengan pengeluaran Raja Lousis XIV dan penggantinya. Isu-isu ini juga peningkatan masalah sosial yang berlaku akhirnya membawa kepada Revolusi Perancis yangberlangsung dari tahun 1789 hingga 1794.

 

Peristiwa Revolusi Perancis berjaya mengubah dasar kerajaan antara ‘pemerintahan monarki’ semasa Empayar Napoleon, pemerintahan Raja Louis XVII, Louis-Philippe dan akhirnya Empayar Kedua Napoleon III sebanyak 4 kali.

 

Pada tahun 1870, Perancis terlibat dalam Perang Perancis-Prusia yang berjaya menubuhkan Republik Ketiga di Perancis. Krisis ini berlangsung sehingga tahun 1940. Perancis telah mengalami kesan yang teruk semasa Perang Dunia Pertama dan pada tahun 1920 ia membentuk ‘Line Maginot’ sebagai pertahanan sempadan, juga untuk melindungi negara tersebut dari kuasa German pada awal Perang Dunia Kedua.

 

Sebelum Allied Power membebaskan Perancis pada 1944, Perancis dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dijaga dan diurus oleh German, satu lagi dikuasai oleh kerajaan Perancis yang dikenali sebagai Kerajaan Vichy.

 

 

Pemerintahan Charles De Gaulee

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, perlembagaan baru ditubuhkan lantas menjadi Republik Keempat Perancis lantas mereka menubuhkan parlimen. Walau bagaimanapun, kerajaan ini runtuh pada 13 Mei 1958 kerana penglibatan Perancis di dalam perang dengan Algeria. Berikutan daripada itu, Charles de Gaulle telah menjadi ketua kerajaan untuk mengelakkan perang saudara serta pembentukan republik kelima daripada berlaku.

 

Charles de Gaulle
Gambar : Charles de Gaulle

 

Pemerintahan Charles de Gaulle tidak lama. Pada tahun 1965 Charles de Gaulle memenangi pilihan raya dan terpilih untuk menjadi Presiden Perancis, tetapi pada tahun 1969 beliau meletakkan jawatan berikutan beberapa cadangannya tidak diterima dan ditolak di parlimen. Sejak perletakan jawatan Charles de Gaulle, Perancis mempunyai 5 orang pemimpin yang berbeza. Perancis merupakan salah satu negara asas yang membangunkan Kesatuan Eropah bersama dengan beberapa negara yang lain. Hari ini, Perancis juga merupakan salah satu negara yang berada di dalam NATO.

 

Ekonomi Perancis

Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju G8 merupakan negara yang mempunyai kekuatan ekonomi keenam terbesar di dunia pada tahun 2005, mengekori Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Republik Rakyat China dan United Kingdom. Perancis juga menyertai Kesatuan Eropah dan sekali gus melancarkan penggunaan matawang Euro pada 1 Januari 1999. Penggunaan duit syiling dan wang kertas Euro telah digunakan sepenuhnya pada awal tahun 2002 menggantikan matawang sebelumnya iaitu Franc.

 

Pada tahun 2004, Perancis adalah pengeksport ke-5 terbesar dan pengimport ke-4 terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis telah menerima pelaburan langsung kedua terbesar di Eropah . Syarikat-syarikat Perancis melabur sebanyak 57.3 billion dollar di luar negeri sekaligus menjadikan Perancis sebagai pelabur kedua terpenting dalam OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development).

 

Selain itu, Perancis merupakan tempat destinasi pelancongan terbesar di dunia dengan purata seramai 82 juta pelancong asing setiap tahun. Mengatasi negara-negara Eropah yang lain. Angka tersebut tidak termasuk jumlah pelancong yang menginap kurang daripada 24 jam di negara itu. Sehingga hari ini, Perancis tetap menjadi negara yang menjadi salah satu pilihan pelancong yang ingin ke Eropah.

 

Eiffel Tower, Perancis
Gambar : Eiffel Tower, Perancis

 

Perancis juga mempunyai industri aeroangkasa yang diterajui oleh konsortium Eropah Airbus dan satu-satunya negara barat yang mempunyai ‘spaceport’ kebangsaannya yang tersendiri iaitu ‘Central Spatial Guyanais’. Perancis juga merupakan negara barat yang paling kurang bergantung kepada tenaga kerana pelaburan besar-besaran dalam kuasa nuklear yang menjadikan Perancis sebagai negara yang paling kurang mengahasilkan karbon dioksida berbanding dengan tujuh negara lain yang paling berindustri di dunia.

 

Budaya Perancis

Sejak akhir abad ke-19, Perancis memainkan peranan penting dalam seni moden, wayang gambar, fesyen dan masakan. Kepentingan budaya Perancis turun naik mengikut peredaran zaman, bergantung pada kepentingan ekonomi, politik dan tenteranya. Budaya Perancis masa kini diketengahkan oleh perbezaan sosioekonomi dan serantau yang besar serta kencenderungan kesatuan yang teguh.

 

Kebudayaan Cipika-Cipiki Perancis
Gambar : Kebudayaan Cipika-cipiki

 

Kesimpulannya, sepanjang kewujudannya, Perancis telah menjadi contoh dan sumber rujukan dari segi sejarah mahupun ekonomi untuk negara-negara lain.

 

Dapatkan bonus 30 USD Trade Bonus

 

Baca Juga : Bagaimana Pilihan Raya Presiden Perancis Berfungsi?

Pengetahuan Tambahan : Pilihan Raya Presiden Perancis 2022

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.