Home » Kenapa Ramai Trader Gagal?

Kenapa Ramai Trader Gagal?

Majoriti Trader Gagal

 

Mereka yang telah melibatkan diri dalam pasaran sebagai Trader, sedar bahawa membuat keuntungan konsisten dari pasaran adalah sesuatu yang tidak mudah. Ianya mempunyai cabaran yang besar bila melibatkan kerugian wang. Menurut kajian, majoriti traders gagal. Lebih dari 80% Retail Trader gagal membuat keuntungan konsisten dari pasaran. Kira-kira hanya 10% hingga 20% sahaja yang berjaya sebagai retail Trader. Kenapa ramai Trader gagal?

Ramai Traders Gagal

Majoriti Traders Gagal (Sumber: eliteforextrading)

 

Sudah tentu sebagai Trader, kita mahu tergolong dalam kalangan minoriti yang berjaya dalam membuat keuntungan konsisten dari pasaran. Jadi dalam artikel kali ini, kita akan cuba melihat bagaimanakah caranya untuk menjadi golongan yang berjaya itu.

 

Cara Mudah Untuk Gagal

 

Bagi melihat langkah menjadi minoriti Trader yang berjaya, ianya lebih mudah untuk kita terlebih dahulu melihat bagaimana untuk menjadi Trader gagal. Apakah cara paling mudah untuk gagal? Apakah persamaan Trader yang gagal?

 

Trader yang gagal adalah Trader yang mengalami total loss atau margin call. Mereka tidak dapat bertahan dalam jangka masa yang lama dengan berbekalkan modal dagangan yang ada. Bagaimanakah caranya untuk kita mencapai total loss? Pertama, dengan membuat kerugian yang besar. Kedua membuat kerugian yang lebih besar berbanding keuntungan secara berturut-turut. Dengan cara ini, anda boleh kehabisan modal untuk terus beroperasi dalam pasaran.

 

Punca Pertama Trader Gagal: Kerugian Besar

 

Dengan membuat kerugian yang besar, anda selangkah untuk menjadi Trader gagal. Cara paling mudah untuk membuat kerugian yang besar adalah dengan pengambilan risiko yang besar dalam satu trade idea. Sama ada dengan membuka saiz dagangan yang besar atau mengambil peluang yang mempunyai risiko kerugian yang besar berbanding saiz akaun dagangan.

 

Selain itu, enggan keluar dari pasaran atau cut loss sesudah trade idea anda itu tidak berjaya juga salah satu cara bagi mendapatkan kerugian besar. Ada kalanya Trader boleh terpaku bila sudah tiba masanya untuk keluar dari pasaran bagi meminimakan kerugian. Bila ini berlaku, kemungkinan besar anda akan terpaksa menerima kerugian yang lebih besar dari yang sepatutnya. Sebelum memasuki pasaran, anda perlu rancang dimanakah anda perlu cut loss jika analisa anda tidak berjaya dan patuhi perancangan itu.

 

If you can’t take small loss, sooner or later you will take the mother of losses

– Ed Seykota

 

 

Punca Kedua Trader Gagal: Kerugian Melebihi Keuntungan

 

Kerugian yang berturut-turut juga boleh membuat anda mengalami margin call jika kerugian sering kali melebihi keuntungan yang diperolehi. Ini boleh berlaku jika anda keluar dari posisi yang menguntungkan terlalu awal kerana emosi ketakutan. Selain itu, berdagang tanpa mengikuti strategi secara konsisten juga boleh menjadi punca total kerugian melebihi total keuntungan.

 

Sistem dagangan yang baik adalah sistem yang menyediakan purata keuntungan lebih besar berbanding kerugian. Keuntungan yang sekurang-kurangnya dua kali ganda dari purata kerugian, bergantung kepada win rate dan trading style seseorang Trader. Namun tanpa disiplin dalam menjalankan sistem dagangan, sistem itu tidak akan berfungsi untuk memberi anda keuntungan yang konsisten.

 

Trader Berjaya

 

Kita sudah tahu bahawa, mengambil risiko terlalu besar, tidak mematuhi sistem dagangan yang memberi keuntungan melebihi kerugian dan juga enggan keluar dari pasaran ketika pasaran tidak memihak kepada analisa yang dilakukan adalah cara terbaik untuk gagal sebagai Trader. Justeru itu, jika anda dapat elak dari melakukan perkara-perkara ini, anda berpeluang untuk bertahan lama dalam trading, seterusnya menjadi Trader yang berjaya dan konsisten.

 

Perlu diingatkan, dengan pengurusan psikologi dan emosi yang tidak baik anda akan cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh Trader yang gagal. Oleh itu, anda harus belajar dan latih diri untuk mengendali psikologi dan emosi dengan betul dan baik.

 

 

Rule number 1: Never lose money. Rule number 2: Never forget rule number 1

– Warren Buffet

Dapatkan trading bonus $30 percuma di sini: XM

Baca juga: Emosi Fear & Greed Dalam Trading

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.