Home » Tips Pelaburan Dari Stanley Druckenmiller

Tips Pelaburan Dari Stanley Druckenmiller

Pelabur legenda Stanley Druckenmiller percaya perkara paling penting yang memisahkan pelabur biasa daripada pelabur berjaya ialah keupayaan untuk membuat pertaruhan besar apabila analisis memihak kepada mereka. Stanley Druckenmiller terkenal dengan prestasi yang lebih baik berbanding pelabur-pelabur terkenal yang lain kerana keupayaan mendapatkan pulangan yang luar biasa secara konsisten melalui pendekatan pelaburan yang tidak konvensional. Pengurus dana, Scott Bessent menggambarkan Stanley Druckenmiller sebagai :

 

1. The greatest money making machine in history
2. A man with Jim Roger’s analytical ability
3. George Soros’ trading ability
4. The stocmach of a riverboat gambler

 

Melihat rekod prestasinya, Druckenmiller sememangnya layak menerima pujian ini memandangkan beliau tidak pernah mengalami satu tahun yang buruk sepanjang karier pelaburannya. Beliau hanya mempunyai lima suku kerugian daripada jumlah 120 suku, yang sama sekali tidak pernah didengari pada zaman itu. Di zaman kemuncaknya, Druckenmiller menguruskan lebih daripada $20 bilion dana dan masih mengatasi prestasi pelabur besar yang lain. Stanley Druckenmiller mempunyai setiap kualiti yang perlu dimiliki oleh pelabur berjaya, seperti :

 

1. Mental yang fleksibel
2. Pemikiran yang bebas
3. Daya saing yang melampau
4. Rasa ingin tahu yang tidak mengenal penat
5. Kesedaran diri yang mendalam

 

Ramai pelabur cuba untuk meniru pelabur terkenal ini tetapi malangnya, tidak dapat berbuat demikian.

 

Dapatkan 30 USD Percuma

 

Latar Belakang

Dilahirkan di Pittsburg pada tahun 1953, Drucknemiller belajar bahasa Inggeris di Bowdoin College sebelum mendaftar untuk PhD dalam ekonomi di University of Michigan. Pada tahun 1977, beliau berhenti daripada program PhD dan menyertai Pittsburg National Bank sebagai penganalisis pelaburan runcit. Selepas mempelajari seni pelaburan, beliau mengasaskan firma pelaburannya sendiri pada tahun 1981, Duquesne Capital Management. Druckenmiller menguruskan firma itu dengan baik sehingga hedge fund manager terkenal, George Soros, merekruitnya.

 

Druckenmiller bersetuju untuk menyertai Quantum Fund di bawah kendalian George Soros. Beliau menjadi pengurus portfolio utama di firma itu dari 1988 hingga 2000. Kemuncak perkhidmatannya di Quantum Fund ialah apabila beliau membantu Soros melakukan salah satu trade terhebat pada tahun 1992, di mana pasangan yang mendapat jolokan “The Man Who Broke the Bank of England” membuat pertaruhan menentang Pound British seterusnya memperoleh keuntungan sebanyak $1 bilion dalam satu hari.

 

Berikutan kerjasama yang lama bersama Soros, Druckenmiller berjaya membawa firmanya, Duquesne Capital ke tahap yang cemerlang dengan aset di bawah pengurusan firma itu berjumlah $12 bilion. Pada tahun 2010, beliau memulangkan semua wang pelaburnya dan mengubah Duquesne Capital menjadi pejabat keluarga. Sepanjang tiga dekad, firma itu memperoleh pulangan purata kira-kira 30% setiap tahun.

 

Trading Strategy Stanley Druckenmiller

Stanley Druckenmiller sangat dipengaruhi oleh trading style George Soros. Beliau menggunakan pendapatkan “top-down” yang menggabungkan long position dan short position dalam semua jenis aset seperti :

 

1. Saham
2. Bon
3. Forex
4. Niaga hadapan
5. Komoditi

 

Stanley Druckenmiller membuat keputusan pelaburan berdasarkan jangkaan perubahan makroekonomi dan keadaan pasaran dalam tempoh masa berkaitan. Memandangkan rekodnya yang cemerlang, pelabur-pelabur lain merasakan Druckenmiller mempunyai bakat istimewa dalam memahami bagaimana peristiwa semasa dapat mempengaruhi keadaan masa hadapan. Beliau juga sanggup mengambil risiko tambahan yang membawa kepada keuntungan yang besar dari semasa ke semasa.

 

Apa Yang Stanley Druckenmiller Belajar Daripada Soros

Stanley Druckenmiller mempunyai banyak perbualan yang bermakna dengan George Soros dan belajar banyak daripadanya. Beliau sentiasa kagum dengan keupayaan Soros untuk menyerap kerugian besar tanpa rasa takut. Menurut beliau,

 

“Soros adalah pengambil kerugian terbaik pernah saya jumlah. Beliau tidak peduli sama ada beliau untung atau rugi dalam perdagangan. Jika perdagangan tidak berfungsi, dia cukup yakin tentang keupayaannya untuk untung dalam perdagangan lain sehingga beliau boleh dengan mudah meninggalkan kedudukan yang rugi itu. Terdapat banyak kasut di atas rak, pakai yang sesuai sahaja. Jika anda sangat yakin, kerugian tidak akan mengganggu anda.”

 

Tips Dari Stanley Druckenmiller

Berikut merupakan tips yang dikongsi oleh Stanley Druckenmiller kepada pelabur muda untuk mencapai kejayaan dalam pelaburan :

 

1. Ketepikan ego
2. Disiplin
3. Concentrated portfolio
4. Agresif apabila perlu
5. Cari faktor yang mempengaruhi harga
6. Kenalpasti catalyst yang boleh menggerakkan harga
7. Berhati-hati dengan leverage
8. Kenal pasti faktor yang mendorong pendapatan masa hadapan

 

Kisah Tokoh-Tokoh Terkenal

 

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Stanley Druckenmiller

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.