Home » Kitaran Ekonomi Moden

Kitaran Ekonomi Moden

Kesan Sistem Hutang Kepada Kitaran Ekonomi

 

kitaran ekonomi moden

KItaran Ekonomi Moden (Sumber: GetApp)

 

Sistem ekonomi moden tidak sama seperti sistem ekonomi pada zaman dahulu. Kini, sistem ekonomi lebih berasaskan kredit atau hutang. Disebabkan sistem hutang, ekonomi boleh berkembang dengan sangat pesat. Namun, disebabkan hutang juga, ekonomi boleh mengalami kejatuhan yang hebat iaitu apabila ekonomi memasuki fasa recession mahupun depression. Ini kerana sistem hutang sentiasa mendorong berlakunya short-term debt cycle dan long-term debt cycle.

 

Dalam artikel kali ini, kita akan kongsikan bagaimana sistem hutang memberi kesan terhadap ekonomi. Sebelum kita fahami bagaimana sistem hutang memberi kesan kepada kitaran ekonomi, mari kita terdahulu fahami apakah maksud ekonomi.

 

Maksud Ekonomi

 

Ekonomi terhasil dari kesemua transaksi yang berlaku. Proses jual-beli dan transaksi ini lah yang menghasilkan sebuah ekonomi. Setiap transaksi melibatkan pembeli yang menukarkan wang atau kredit kepada pembekal yang menyediakan barangan, servis mahupun aset kewangan.

 

Sebagai contoh, ketika anda membeli barangan dapur, anda menyerahkan sejumlah wang kepada pembekal dan pembekal menyerahkan barangan yang anda telah bayar. Maka disini telah berlakunya pertukaran atau transaksi antara wang dan barangan. Kesemua transaksi yang berlaku mewujudkan ekonomi. Oleh itu, perbelanjaan wang dan kredit ini lah yang menggerakkan ekonomi.

 

Pengguna Dan Pembekal

 

Dalam mewujudkan sebuah ekonomi, kita ada pengguna dan pembekal yang membuat transaksi antara satu sama lain. Namun, siapakah pengguna dan pembekal ini? Kita boleh kategorikan pengguna dan pembekal kepada 4, iaitu:

 

  1. Individu
  2. Bank
  3. Syarikat
  4. Kerajaan

 

Diantara keempat-empat ini, kerajaan adalah badan yang paling berkuasa dalam mengawal dan menggerakkan sesebuah ekonomi. Kita boleh membahagikan ianya kepada 2 iaitu Kerajaan pusat dan Bank pusat. Bank Pusat mengawal jumlah wang dan kredit yang mengalir dalam ekonomi. Ini bagi tujuan mengsejahterakan ekonomi, mengawal kadar pengangguran dan mengawal inflasi. Pelbagai kaedah atau alat yang digunakan mereka bagi mengawal aliran wang dalam ekonomi, antaranya ialah:

 

  1. Menaik atau menurunkan kadar faedah
  2. Mencetak wang

 

Fahami Kredit

 

Sebelum kita fahami bagaimana Bank Pusat mengawal ekonomi, mari kita fahamkan dulu apakah itu kredit. Sebenarnya, bukan hanya wang yang berkitar didalam ekonomi, tetapi kita juga ada kredit. Kredit disini, dalam bahasa mudahnya ialah hutang. Wang yang diperolehi dari hutang untuk membeli sesebuah barangan, perkhidmatan mahupun aset. Ianya menjadi aset kepada pemberi hutang dan liabiliti kepada si peminjam.

 

Misalnya anda membuat hutang dari bank untuk membeli sebuah kereta. Jika pihak bank bersetuju dan dalam kiraan mereka dapati bahawa anda mampu dan akan membayar semula jumlah pokok pinjaman (principle) bersama jumlah tambahan dari kadar faedah, maka terciptalah kredit setelah kedua-dua pihak bersetuju.

 

Pemiutang mahukan wang mereka menghasilkan lebih banyak wang dengan memberi hutang. Manakala, peminjam mahu mendapatkan sesuatu yang diluar kemampuan kewangan mereka. Oleh itu, kredit dapat membantu kedua-dua belah pihak. Apabila peminjam telah melangsaikan hutang mereka, maka transaksi itu akan selesai. Jadi kita perlu faham bahawa, yang mengalir dalam ekonomi bukan semuanya hanya wang semata-mata, tetapi terdapat juga wang kredit dari hutang.

 

 

Kitaran Ekonomi (Sumber: ToughNickel)

 

 

Fasa Pekembangan Ekonomi (Expansion)

 

Pihak bank tidak akan sewenang-wenangnya memberi pinjaman. Mereka akan menilai jika peminjan itu adalah layak dan mampu untuk melangsaikan semula hutang. Ianya dilakukan dengan melihat, jumlah pendapatan, aset dan komitmen peminjam.

 

Sewaktu kadar faedah direndahkan oleh Bank pusat, jumlah pinjaman yang dilakukan akan meningkat. Ini kerana pinjaman dimudahkan dan lebih murah dengan kadar faedah yang rendah. Maka ramai yang akan mampu dan mahu berhutang. Ketika ini lah ekonomi boleh berada dalam fasa expansion. Ini kerana, perbelanjaan yang berlaku dalam ekonomi akan meningkat dan seterusnya memacu sesebuah ekonomi itu.

 

Apabila peminjam menerima wang kredit dari hutang, maka mereka boleh berbelanja dengan lebih dari kemampuan asal. Kuasa beli mereka meningkat. Jadi, perbelanjaan dalam ekonomi meningkat. Perbelanjaan mereka pula adalah pendapatan bagi pihak lain. Misalnya ketika anda berbelanja dikedai runcit Mustaqim , perbelanjaan anda itu adalah pendapatan Mustaqim. Oleh itu, lebih banyak perbelanjaan dalam ekonomi maka lebih banyak pendapatan.

 

Lebih banyak pendapatan pula bermaksud, lebih banyak perbelajaan yang boleh dilakukan. Perkara ini akan berterusan. Ianya merancakkan ekonomi dan ekonomi akan berkembang. Selain itu, ketika hutang dimudahkan dan dengan pembelanjaan dalam ekonomi yang meningkat, syarikat-syarikat boleh mengambil lebih ramai pekerja seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan lebih lagi perbelanjaan dalam ekonomi.

 

Namun terdapat satu masalah ketika ekonomi berkembang dengan sangat pesat seperti ini. Cukup masa, inflasi akan meningkat lebih dari sasaran Bank pusat dan ini perkara yang tidak baik untuk kesejahteraan ekonomi. Ini kerana, kadar inflasi yang terlalu tinggi akan mengurangkan kuasa beli pengguna dan seterusnya akan mengurangkan perbelanjaan dalam ekonomi menyebabkan kejatuhan ekonomi yang dahsyat.

 

Kita sudah maklum antara tugas Bank pusat adalah untuk mengawal kadar inflasi. Oleh itu mereka tidak boleh terus merendahkan kadar faedah dan perlu mula menaikkan kadar faedah dan menyukarkan pinjaman bagi mengawal aliran tunai yang mengalir dalam ekonomi.

 

Fasa Kejatuhan Ekonomi (Recession)

 

Kita perlu sedar bahawa, dalam sistem ekonomi moden, perkembangan ekonomi lebih banyak dipengaruhi oleh lambakkan hutang atau kredit berbanding produktiviti ekonomi itu sendiri. Kebanyakkan perbelanjaan yang berlaku dalam ekonomi yang sedang pesat adalah dari hutang.

 

Bila sebut tentang hutang, ianya adalah transaksi yang belum selesai. Satu masa, peminjam perlu melangsaikan semula hutang mereka. Dari sini lah akan berlakunya ‘debt cycle‘ yang boleh menyumbang kepada kejatuhan ekonomi. Ianya berlaku apabila, para peminjam mula terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk menyelesaikan hutang mereka.

 

Dengan tekanan inflasi yang meningkat, perbelanjaan dalam ekonomi akan mula berkurang. Ini kerana nilai wang yang semakin susut dan juga hutang yang perlu dilangsaikan. Ketika keadaan ekonomi seperti ini, Bank pusat akan cuba mengawal inflasi dengan meningkatkan kadar faedah.

 

Kadar faedah yang tinggi juga akan mengurangkan perbelanjaan dalam ekonomi, namun ianya adalah langkah membendung dari berlakunya kejatuhan ekonomi yang lebih dahsyat disebabkan inflasi. Setelah inflasi tidak lagi menjadi sesuatu yang merisaukan, ekonomi boleh kembali pulih dan Bank pusat boleh mula menurunkan semula kadar faedah. Proses ini berulang dan ianya adalah kitaran short-term debt cycle.

 

Kitaran ‘debt-cycle’ ini berlaku dalam short-term cycle dan long-term cycle. Short-term cycle berlaku bila ekonomi cuma memasuki fasa recession sebelum kembali ke fasa expansion. Long-term debt cycle berlaku apabila ekonomi memasuki fasa kejatuhan yang lebih dahsyat iaitu fasa depression. Sistem hutang membuatkan kitaran perkembangan dan kejatuhan ekonomi menjadi lebih “extreme”. Ianya menjadi pemangkin yang amat kuat dalam menyokong kedua-dua fasa perkembangan dan kejatuhan ekonomi.

 

Dapatkan $30 trading bonus percuma disini: Buka Akaun Dagangan XM

Baca juga: Tips Kebebasan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published.