Home » Konflik Russia, Ukraine, Cuba dan Amerika Syarikat

Konflik Russia, Ukraine, Cuba dan Amerika Syarikat

Krisis geopolitik yang berlaku di Ukraine sekarang mempunyai plot dan jalan cerita yang sama dengan Krisis Peluru Berpandu Cuba tahun 1962. Konflik yang berlaku antara dua kuasa besar ini mempunyai persamaan dari segi punca serangan berlaku di Ukraine. Pada Oktober 1962, terdapat pergolakkan antara dua kuasa besar iaitu Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Meski pun mereka sekutu semasa Perang Dunia Kedua, selepas peperangan tamat, hubungan kedua dua negara ini menjadi dingin.

 

Amerika Syarikat tidak menginginkan penguasaan pengaruh ideaologi komunis tersebar ke seluruh dunia, manakala Kesatuan Soviet membenci pendekatan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai campur tangan hubungan luar. Di Russia, konflik ini dikenali sebagai Карибский кризис (Krisis Caribbean). Manakala di Cuba, krisis ini dinamakan sebagai ‘Krisis Oktober’. Konflik atau krisis ini setaraf dengan ‘Krisis Pengepungan Berlin’ kerana krisis ini merupakan salah satu daripada konfrontasi besar era tersebut serta hampir mencetuskan perang nuklear.

 

Perpecahan Kepada Dua Blok

Meskipun Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bersekutu untuk menumpaskan pihak Nazi Jerman yang di pimpin oleh Adolf Hitler, apabila peperangan berakhir, mereka mula berbeza pendapat dalam pelbagai isu dan idealogi. Kesatuan Soviet bersama dengan negara-negara di bahagian timur eropah mula membentuk blok timur lalu muncul pertubuhan COMECON (Council for Mutual Economic Assistance).

 

Peserta asal pertubuhan COMECON terdiri daripada Kesatuan Soviet, Bulgaria, Czechoslovakia, Hungary, Poland dan Romania. Idealogi utama pihak Kesatuan Soviet ialah lebih kepada komunism serta rejim yang bersifat tidak demokratik. Manakala, Amerika Syarikat mula membentuk pertubuhan baru yang digelar NATO (North Atlantic Treaty Organization).  Pada waktu pertubuhan, peserta asal NATO diwakili oleh Belgium, Canada, Denmark, Perancis, Iceland, Italy, Luxemberg, Belanda, Norway, Portugal, England dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat memegang idealogi kearah demokrasi.

 

Revolusi Cuba

Cuba memperoleh kemerdekaannya pada 1898 tetapi, mereka menyaksikan majoriti orang Amerika mendapat pegangan pengaruh yang besar terhadap ekonomi dan pemerintahan dalaman. Konflik bermula pada tahun 1959 berlaku satu revolusi dimana dapat mengubah keadaan yang berlaku di Cuba. Pada peringkat awal, Fidel Castro tidak mempunyai visi untuk menubuhkan rejim yang bersifat komunis, tetapi selepas revolusi ini, akhirnya Cuba menjadi selangkah lebih dekat untuk ke lingkungan pengaruh kuasa Soviet.

 

Pemerintahan Fidel Castro tidak mendapat sokongan daripada pihak Amerika Syarikat menyebabkan hubungan hampir terputus dan berlaku beberapa sekatan terhadap kepulauan Cuba tersebut. Amerika Syarikat mula bertindak untuk membiayai kerja-kerja kearah menjatuhkan kerajaan Fidel Castro. Tindakan yang paling terkenal adalah cubaan pencerobohan oleh orang buangan Cuba pada bulan April 1961 tetapi usaha ini berakhir dengan kegagalan. Isu-isu ini lebih mendekatkan Cuba kepada Kesatuan Soviet lantas mereka menandangi perjanjian komersil dan ketenteraan.

 

Jarak Cuba daripada Bandar utama
Gambar 1.1 Jarak Peluru Berpandu yang boleh dilancarkan dari Cuba ke bandar utama di Amerika Syarikat

 

Operasi Mangoose

Setelah pencerobohan di Teluk Babi gagal, Amerika Syarikat mula bertindak merancana Operasi Mangoose untuk mengambil pulau tersebut. Operasi tersebut berbeza dengan operasi sebelumnya kerana penglibatan secara langsung dari pihak Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, operasi ini tidak dapat dilakukan kerana agensi daripada perisikan Kesatuan Soviet berjaya menemui dan membongkar matlumat tersebut kepada Cuba. Fidel Castro sekali lagi permintaan penambahan bantuan ketenteraan daripada Kesatuan Soviet.

 

Penemuan Peluru Berpandu di Turki

Konflik antara dua kuasa besar ini semakin panas apabila Turki, negara yang bersempadan dengan Kesatuan Soviet adalah sekutu rapat Amerika Syarikat. Turki juga merupakan lokasi yang dipilih oleh Amerika Syarikat untuk menempatkan peluru berpandu. Ketika ini, Turki telah menyertai NATO. Kesatuan Soviet mula menggunakan pendekatan yang sama dengan memilih Cuba, negara yang hanya beberapa kilometer dari Amerika Syarikat untuk mengimbangkan keseimbangan tentera.

 

Kesatuan Soviet secara tersembunyi mula menghantar pelbagai nasihat ketenteraan ke Cuba. Hal ini tidak disedari oleh pihak Amerika Syarikat. Beberapa pautan media mendakwa bahawa pihak Kesatuan Soviet telah mula memasang peluru berpandu di pulau Caribbean.  Presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F. Kennedy memerintahkan penyiasatan terhadap tuduhan ini.

 

 

Operasi Anadyr

Operasi Anadyr merupakan kod nama yang diberikan oleh Kesatuan Soviet bertujuan untuk penghantaran bahan perang ke Cuba bermula beberapa bulan sebelum krisis. Terdapat pelbagai bahan perang yang berjaya tiba di Cuba. Secara keseluruhan operasi ini berlangsung, Kesatuan Soviet berjaya menempatkan seramai 47ribu orang tentera di sana.  Penyerahan rahsia ini dibuat secara rahsia atas pemimpinan Nikita Khrushchev pada ketika itu. Fidel Castro lebih gemar jika terdapat penghebahan operasi ini, tetapi ditolak oleh Nikita Khrushchev. Selain itu, Kesatuan Soviet juga mula memperkenalkan Operasi Kama. Operasi ini merupakan operasi mengirim kapal selam yang lengkap dengan senjata nuklear.

 

Walau bagaimanapun, pihak Amerika Syarikat berjaya menemui kapal-kapal tersebut, maka Operasi Kama menjadi lumpuh. Pinar del Rio, pengintip Amerika Syarikat menggunakan salah satu pesawat untuk mengintip dan telah berjaya menambil gambar di Cuba untuk mengesahkan kecurigaan Amerika Syarikat tentang pemasangan senjata nuklear Kesatuan Soviet. Presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F. Kennedy telah memerintahkan untuk meningkatakan operasi rahsia terhadap Cuba.

 

Pengkalan peluru berpandu Cuba
Gambar 1.2 Pengkalan peluru berpandu yang ditemui di Cuba

 

 

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara

John F. Kennedy telah menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 16 Oktober untuk membahaskan respons yang harus diberikan kepada Kesatuan Soviet. Terdapat beberapa persilisihan pendapat terhadapa tindakan yang perlu diambil terhadap Kesatuan Soviet. Sebahagian mereka memeberikan jawapan yang sukar, manakala sebahagian yang lain lebih gemar menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan konflik tersebut.

 

Terdapat juga cadangan untuk mengenakan sekatan tentera laut, juga serangan udara keatas fasiliti kemudahan yang sedang dibina di Cuba. Bagi pihak Kesatuan Soviet, mereka mendakwa fasiliti pemasangan senjata yang dibina bertujuan untuk pertahanan. Khurshchev juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan tindakan Amerika Syarikat terhadap pembinaan fasiliti peluru berpandu yang bertapak di Turki.

 

 

Cadangan Adlai Stevenson

Adlai Stevenson, merupakan seorang wakil daripada Amerika Syarikat untuk dihantar ke Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu, beliau mencadangkan untuk mewujudkan saluran komunikasi secara langsung dengan Fidel Castro dan Nikita Khrushchev. Walau bagaimanapun, Robert McNamara, Setiausaha Pertahannan ketika itu bersetuju untuk menyokong kewujudan sekatan tentera laut di pulau itu. Ahli Majlis Keselamatan Negara ketika itu bimbang serta memberi amaran bahawa Kesatuan Soviet boleh bertindak untuk menyekat Berlin.

 

Akhirnya, mereka bersepakat dan dapat mewujudkan sekatan dan berjaya. Robert McNamara juga merancang kemungkinan serangan ke Cuba, tetapi John F. Kennedy menolak cadangan tersebut. Adlai Stevenson berunding dan pihaknya membuat tawaran pertama kepada Kesatuan Soviet iaitu menawar penarikan peluru berpandu Amerika Syarikat dari Turki manakala Kesatuan Soviet tidak memasang roket di Cuba.

 

Adlai Stevenson
Gambar 1.3 Adlai Stevenson ketika berucap di mesyuarat PBB tentang sekatan terhadap Cuba

 

 

Ucapan John F. Kennedy ke Seluruh Negara

Pada 22 Oktober, President Amerika Syarikat John F. Kennedy telah membuat pengumuman kepada rakyat Amerika melalui televisyen. Beliau memberitahu kepada rakyat Amerika tentang keputusan untuk mengenakan sekatan tentera laut ke atas Cuba. Beliau berucap ;

 

“Semua kapal dari mana-mana negara atau perlabuhan akan dipaksa untuk kembali jika mereka didapati membawa senjata yang boleh menimbulkan keraguan.”

 

Disamping itu pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat mula memenuhi ruang udara Cuba. Pesawat-pesawat tersebut dilengkapi dengan senjata nuklear.

 

Reaksi Kesatuan Soviet dan Cuba

Nikita Khrushchev menunggu sehingga 24 Oktober untuk memberikan respond balas kepada John F. Kennedy. Pemimpin Kesatuan Soviet itu menegaskan ;

 

“Soviet Union menganggap sekatan kepada Cuba merupakan sebagai pencerobohan serta tidak akan mengarahkan mana-mana kapal Kesatuan Soviet berpatah balik.”

 

Meskipun beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini, tetapi kapal-kapal Kesatuan Soviet yang menuju kearah Cuba mula perlahan dan berkurang. Kedua-dua pemimpin tahu tentang kemungkinan yang boleh berlaku jika ada insiden-insiden yang boleh mencetuskan konflik secara terbuka. Secara tersembunyi mereka mula mengadakan perbualan tertutup. Sementara di Cuba, Fidel Castro menegaskan bahawa ;

 

“Kami memperolehi senjata yang kami perlukan untuk pertahanan, kami akan mengambil langkah-langkah yang kami rasa perlu.”

 

Sekatan Bermula

Pakar sejarah bersetuju bahawa ketengangan yang terbesar sepanjang krisis berlansung adalah pada 24 Oktober. Pada jam 2 petang, sekatan dari pihak Amerika Syarikat akan bermula. Nikita Khrushchev mendakwa bahawa mereka bersedia untuk menyerang kapal-kapal Amerika Syarikat yang cuba menghalang armadanya untuk ke Cuba. Selain itu, di daerah itu juga terdapat beberapa kapal selam yang mengawal pergerakan kapal-kapal yang menuju ke Cuba.Percubaan oleh Soviet untuk melanggar sekatan mungkin akan mencetuskan konfrontasi tentera yang boleh mempercepatkan kearah penggunaan senjata nuklear.

 

Tetapi kapal-kapal Soviet berhenti dan bertindak untuk tidak terus maju kehadapan. Pihak Soviet bertindak untuk berundur. Kedua dua pihak iaitu Amerika Syarikat dibawah pimpinan John F. Kennedy dan Nikita Khrushchev yang mewakili Kesatuan Soviet mula berunding semula untuk mengurangkan ketegangan. Meskipun Khrushchev terus menyatakan bahawa sekatan tersebut merupakan satu pencerobohan, beliau memberikan pesanan kepada John F. Kennedy untuk mengadakan pertemuan yang bertujuan untuk mengelakkan konfrontasi secara terbuka antara kedua dua negara.

 

Sekatan terhadap Cuba
Gambar 1.4 Keratan akhbar berkenaan sekatan ke atas Cuba

 

Kata Sepakat antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet

Walaupun keadaan semakin baik, tetapi terdapat insiden yang boleh menyebabkan suasana menjadi tegang semula. Pada 27 Oktober, salah satu pos pertahanan antipesawat yang dipasang oleh Soviet di Cuba telah menembak jatuh pesawat pengintip Amerika Syarikat. Reaksi kedua-dua pemimpin itu pasti ingin mengelakkan timbulnya ketegangan yang baru. Nikita Khrushchev telah memberitahu John F. Kennedy bahawa Kesatuan Soviet bersetuju untuk menarik semula semua bahan nuklear dari Cuba, dengan syarat Amerika Syarikat tidak menyerang Cuba. Bagi pihak Kennedy, beliau mengarahkan agar tiada tindak balas terhadap pesawat yang telah ditembak jatuh di Cuba.

 

Pertembungan antara Kapal Amerika Syarikat dan Soviet Union
Gambar 1.5 Pertembungan antara kapal Amerika Syarikat dan Soviet Union

 

Meskipun tidak di war-warkan ketika itu, Khrushchev dan Kennedy juga bersetuju terhadap penarikan roket nuklear Amerika Syarikat yang telah dipasang di Turki. Kesimpulannya, insiden dan plot cerita yang dapat diperoleh dari krisis dan konflik ini mempunyai plot yang sama dengan krisi yang sedang berlaku di Ukraine. Nantikan sambungan tentang persamaan Krisis Ukraine dan Krisis Peluru Berpandu di Cuba.

 

Dapatkan bonus 30 USD Trade Bonus

 

Baca Juga : Peristiwa Black Monday

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published.