Home » Kenapa Kos Perang Menjadi Sangat Tinggi?

Kenapa Kos Perang Menjadi Sangat Tinggi?

Peperangan sentiasa memakan kos yang besar tetapi kos perang menjadi semakin mahal untuk kedua-dua belah pihak yang berperang dan orang ramai. Ini disebabkan oleh faktor :

 

  1. Kewangan perang
  2. Sekatan ekonomi

 

Semasa perang dingin, terdapat teori bahawa perang nuklear akan menyebabkan kemusnahan bersama dan faktor ini menjadi penghalang kepada peperangan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Dengan ekonomi global, terdapat hujah bahawa peperangan antara kuasa besar boleh membawa kepada kemusnahan ekonomi bersama yang setara, menjadikan peperangan jauh lebih mahal berbanding peperangan pada masa lalu.

 

Kenapa Kos Perang Menjadi Sangat Tinggi?

Peperangan moden melibatkan teknologi tinggi dan ianya menelan belanja yang mahal. Satu peluru berpandu sub-sonik Tomahawk menelan kos kira-kira $1.5 juta. Peluru berpandu anti kereta kebal Javelin pula boleh menelan kos sekitar $115,000.  Peperangan moden adalah sangat mahal walaupun dron mungkin dapat mengurangkan sedikit kos. Namun, ini hanya sebahagian daripada kos perang, tidak termasuk kesan kepada perdagangan dan keyakinan dalam ekonomi dunia yang sangat global pada zaman ini.

 

Kos perang
Tomahawk (kredit : The Time)

 

Ketika Perang Menguntungkan

Suatu ketika dulu, perang menguntungkan mereka yang mengambil bahagian. Kos mengendalikan tentera jauh lebih rendah. Peralatan yang digunakan pula adalah peralatan asas, tentera boleh bertahan hidup dan bayaran upah sangat rendah. Menceroboh negara lain untuk mengambil wilayah selalunya boleh membaca kepada bonus ekonomi. Jika sesebuah negara berjaya menawan wilayah baru dan menguasai bahan mentah, mereka akan meraih kekayaan.

 

Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud semua peperangan adalah menguntungkan. Eropah telah dihancurkan oleh perang ratusan tahun, perang yang berpanjangan menyebabkan kebanyakan pejuang menjadi miskin. Merampas tanah di negara lain selalunya menguntungkan bagi kuasa penjajah, antara sebab mengapa terdapat begitu banyak penaklukan suatu ketika dulu.

 

 

Walau bagaimanapun, selepas permulaan abad kedua puluh, kos perang mula menjadi tinggi. Tentera memerlukan sokongan material yang lebih besar. Selain itu, perdagangan menjadi lebih penting kepada negara. Bergantung pada import makanan, negara yang berperang boleh mendapati diri mereka tertakluk kepada sekatan tentera laut. Semasa Perang Dunia Pertama, Jerman dan Great Britain cuba menyekat bekalan makanan. Kesannya membawa kepada catuan makanan di kedua-dua negara. Ini adalah petunjuk awal bagaimana globalisasi merangkumi ekonomi yang saling bergantung.

 

Kesan Sekatan

Sekatan yang dikenakan ke atas Rusia kerana menceroboh Ukraine, tidak pernah berlaku sebelum ini kepada ekonomi utama. Ia telah menyebabkan masalah ekonomi yang serius bagi Rusia. Pihak Barat telah menggunakan spektrum sekatan yang luas, termasuk :

 

  1. Mengharamkan perdagangan di beberapa kawasan
  2. Membekukan aset bank pusat Rusia
  3. Merampas aset oligarki
  4. Menyekat beberapa import minyak

 

Mata wang Rusia, Ruble, mengalami kejatuhan, inflasi meningkat, taraf hidup di Rusia dijangka jatuh sekurang-kurangnya 15%. Bukan sahaja sekatan rasmi telah menjejaskan Rusia, tetapi sekatan tidak rasmi, dengan banyak syarikat barat bertindak balas terhadap pendapat umum dan sukarela menamatkan perniagaan di Rusia. Kos ekonomi pencerobohan Rusia ke atas Ukraine akan menjadi sangat tinggi. Sejak 2014, apabila sekatan mula-mula dikenakan ke atas Rusia, Vladimir Putin bertindak balas dengan :

 

  1. Menggalakkan lebih banyak ekonomi sara diri
  2. Hutang asing dan kerajaan dikurangkan
  3. Rizab mata wang asing meningkat

 

Industri digalakkan untuk menjadi lebih berdikari tetapi sebenarnya sektor utama, walaupun dalam bekalan ketenteraan masih bergantung kepada import asing bahan mentah dan komponen tertentu yang tidak dikeluarkan di Rusia. Industri penerbangan Rusia berada dalam kesukaran yang besar jika mereka tidak mendapat alat ganti untuk pesawat, sangat memakan masa untuk membangunkan industri penerbangan sendiri. Tanpa akses kepada rantaian bekalan, output akan terjejas dalam banyak sektor. Namun, masih ada ruang untuk Rusia mengatasi sekatan yang dikenakan terhadap mereka kerana banyak negara yang tidak mengambil bahagian dalam sekatan. Antaranya :

 

  1. China
  2. Amerika Latin
  3. Afrika Selatan

 

Kos Ekonomi China vs Amerika Syarikat

Terdapat beberapa negara yang melihat kesan sekatan ekonomi ini dengan penuh minat. Ekonomi Rusia agak kecil dan tidak terintegrasi dengan ekonomi dunia. Bagaimana dengan negara seperti China? Tidak seperti Rusia, pertumbuhan China sebahagian besarnya bergantung kepada industri eksport. Kemakmuran China sangat bergantung kepada ekonomi dunia. Sebarang sekatan yang menjejaskan eksport China ke barat akan memberi kesan buruk kepada ekonomi dan pekerjaan negara itu. Dan tindak balas China juga akan memberi kesan buruk kepada Barat.

 

China mengeluarkan produk Apple, tetapi mereka tidak mengeluarkan keseluruhan telefon di satu tempat. Komponen yang berbeza datang daripada pelbagai negara.

 

  1. Skrin kaca – Amerika Syarikat dan China
  2. Kamera – Amerika Syarikat dan Australia
  3. Giroskop – Switzerland
  4. Kompas – Jepun
  5. Bateri – China
  6. Touch ID – Taiwan

 

Sekatan ke atas China akan memberi kesan mendalam kepada Barat. China adalah pengeluar dominan untuk pelbagai barangan perkilangan. Sesetengah barangan adalah tidak penting seperti pakaian dan mainan tetapi dunia bergantung kepada China untuk pengeluaran farmaseutikal. Selain itu, negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan dengan China. Amerika Syarikat mengimport lebih banyak barangan dan perkhidmatan berbanding eksport.

 

Lebihan perdagangan selama bertahun-tahun ini telah menyebabkan China mengumpul aset mata wang asing yang sangat ketara. Sebahagian daripada aset asing ini cair seperti sekuriti kerajaan Amerika Syarikat. Yang lain kurang cair seperti pelaburan dalam infrastruktur Afrika. Konflik ekonomi yang serius boleh menyebabkan China menjual aset asing atau menggunakan leverage mereka di negara yang bergantung kepada pelaburan China, terutamanya Afrika.

 

Jika China menjual semua sekuriti Amerika Syarikat, ia akan membawa kepada kejatuhan dalam nilai dolar A.S. Amerika Syarikat akan mengalami kenaikan inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, dengan menjual sekuriti Amerika Syarikat, mata wang Yuan akan mengalami kenaikan nilai. Ini boleh menjejaskan industri eksport China kerana produk keluaran mereka akan menjadi kurang kompetitif. 

 

Ekonomi China dan Amerika Syarikat saling berkait rapat dan sebarang konflik boleh mendatangkan kerosakan yang sangat serius. Ini bukan bermakna peperangan antara kedua-dua negara adalah mustahil. Manusia boleh bertindak dengan cara tidak rasional. Walau bagaimanapun, tahap integrasi ekonomi akan menjadi sangat menyakitkan untuk dirungkai dan diharapkan akan menjadi faktor penting dalam menghalang sebarang peperangan berskala besar pada masa hadapan.

 

Baca juga : Kadar Faedah Dan Nilai Mata Wang

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Bagaimana Kadar Faedah Mempengaruhi Nilai Mata Wang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.