Home » Krisis Hiperinflasi Zimbabwe

Krisis Hiperinflasi Zimbabwe

Krisis hiperinflasi Zimbabwe bermula selepas matawang dollar Zimbabwe diperkenalkan pada tahun 1980. Pada ketika itu, matawang ini mempunyai nilai yang setaraf dengan dolar Amerika. Namun pada tahun 2009, 1 dollar Amerika bersamaan dengan 0.00276319 dollar Zimbabwe. Hal ini berlaku disebabkan kegagalan ekonomi dan inflasi di Zimbabwe. Akibatnya, dollar Zimbabwe kini tiada nilai dan telah digantung. Kadar inflasi yang berlaku di Zimbabwe ini mencatat sejarah apabila ia merupakan inflasi terburuk dalam sejarah manusia.

 

Sejarah Zimbabwe

Republik Zimbabwe telah diwujudkan pada tahun 1980 selepas mencapai kemerdekaan daripada British. Selepas kemerdekaan, presiden Robert Mugabe telah memperkenalkan matawang dollar Zimbabwe. Ekonomi Zimbabwe pada awalnya dilihat begitu baik dengan pengeluaran gandum mencapai tahap tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dalam masa yang sama, industri tembakau juga dilihat berkembang maju dan membuatkan ekonomi negara itu ditahap yang positif.

 

Namun pada tahun 1991 sehingga tahun 1996, parti pemimpin Zimbabwe African National Union (ZANU) telah melancarkan program iaitu Economic Structural Adjustment Program (EASP) yang memberi impak negatif kepada ekonomi Zimbabwe. Krisis ekonomi telah bermula pada tahun 1988 apabila kadar faedah yang tinggi telah mencetuskan rusuhan besar-besaran oleh rakyat Zimbabwe. Tahun berikutnya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan bantuan kepada Zimbabwe kerana perbezaan dasar dengan kerajaan.

 

Pada penghujung 1990-an, kerajaan telah melaksanakan reformasi tanah dengan menyingkirkan semua pengusaha tanah berkulit putih dan memberikan kepada petani berkulit hitam. Namun, petani berkulit hitam ini tidak mempunyai sebarang pengalaman dan latihan dalam pertanian. Krisis ini berlanjutan untuk beberapa tahun sehingga matawang dollar Zimbabwe tidak lagi boleh digunakan akibat hiperinflasi yang melanda ekonomi negara tersebut.

 

Hiperinflasi Zimbabwe

Duit diikat dan dikumpulkan hanya untuk membeli sebuku roti (Kredit: Money Control)

 

 

Krisis Hiperinflasi Di Zimbabwe

Punca terjadinya hiperinflasi ini disebabkan oleh pencetakan wang dengan kadar yang melampau. Kerajaan telah mencetak wang dengan banyak untuk memenuhi keperluan peperangan dan tuntutan gaji yang tinggi daripada pegawai kerajaan. Selain itu Transparency International telah meletakkan Zimbabwe di tempat yang ke 157 dari 180 negara berkenaan korupsi. Hal ini menyebabkan kepercayaan pelabur terhadap negara berkurang dan nilai matawang semakin melemah.

 

Reformasi tanah telah mengurangkan hasil pertanian Zimbabwe. Hal ini memberi kesan kepada ekonomi negara terutamanya industri tembakau yang menyumbang satu pertiga daripada pendapatan negara. Sektor pembuatan juga mengalami nasib yang serupa akibat ketidakcekapan kerajaan dalam menangani isu tersebut. Hiperinflasi berlaku setelah kerajaan merampas ladang komersial. Tindakan tersebut menyebabkan pelabur asing menarik diri dan industri perkilangan terhenti. Matawang asing yang digunakan untuk membeli barangan import semakin berkurangan dan telah mengakibatkan kenaikan harga yang mendadak.

 

Pada november 2005, inflasi di Zimbabwe telah meningkat kepada 400% dan hampir mencecah 600% pada januari 2006. Hal ini telah menyebabkan harga barangan keperluan harian seperti gula, telur dan minyak masak naik pada kadar yang tinggi. Semasa Zimbabwe berada pada tahap kemuncak krisis ekonomi, kerajaan telah mengeluarkan wang kertas yang bernilai seratus trilion dolar Zimbabwe. Nilai seratus trilion dolar Zimbabwe ini tidak lah besar kerana wang ini tidak mampu untuk membayar walaupun harga sebotol minyak masak.

 

Hiperinflasi Zimbabwe

Not 100 trilion dolar Zimbabwe (Kredit: CNN)

 

Zimbabwe Menggunakan Matawang Asing

Bermula pada tahun 2009, matawang dolar Zimbabwe telah digantung dan tidak boleh digunakan lagi akibat hiperinflasi. Bagi menggantikan matawang Zimbabwe yang telah lumpuh, kerajaan telah menggunakan sembilan matawang asing. Ini menjadikan negara tersebut sebagai negara yang menggunakan matawang asing paling banyak untuk transaksi dalam negara. Sembilan matawang yang digunakan bagi menggantikan dolar Zimbabwe adalah dolar Amerika, pound sterling UK, dolar Australia, Euro, rand Afrika Selatan, pula Bostwana, yen Jepun, yuan China dan rupee India. Kerajaan Zimbabwe telah menggunakan dolar Amerika sebagai transaksi rasmi mereka.

 

Langkah Yang Diambil Kerajaan Zimbabwe

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe telah menetapkan larangan kenaikan harga barang. Hal ini kerana peniaga yang tidak bertanggungjawab mula menaikkan harga barangan sesuka hati menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah terkesan akibat kenaikan harga tersebut. Satu lagi usaha yang dilakukan oleh kerajaan Zimbabwe ialah dengan menawarkan pertukaran duit lama kepada dolar Amerika. Walaupun nilai tukaran yang tidak munasabah tetapi usaha ini dilihat sebagai langkah yang positif. Setiap 175 quadrillion dolar Zimbabwe akan ditukarkan kepada 5 dolar Amerika.

 

Namun, pada tahun 2014 nilai dagangan eksport Zimbabwe lebih rendah berbanding nilai import. Hal ini menyebabkan hasil perdagangan tersebut menjadi perdagangan negatif. Negara Zimbabwe telah mengalami masalah kekurangan wang tunai. Bank dunia dan IMF juga telah menggantung pelan pinjaman mereka akibat dari kegagalan ekonomi tersebut. Zimbabwe sekali lagi telah memperkenalkan matawang baru pada tahun 2016 yang dilihat sebagai solusi kepada masalah kekurangan wang tersebut.

 

Wang baru ataupun wang bon telah dikeluarkan oleh Bank Rizab Zimbabwe yang bernilai 10 juta dolar Amerika. Akan tetapi, usaha ini juga dilihat gagal kerana wang tersebut telah turun nilainya akibat daripada keengganan sesetengah peniaga yang tidak mahu menerima wang tersebut dalam transaksi mereka.

 

 

Dapatkan 30USD Trade Bonus

Baca Juga: Krisis Kewangan Greece

Ikuti Kami Di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami Di Telegram: Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published.