Home » Krisis Perumahan di China

Krisis Perumahan di China

Pada ketika penulisan ini, berlaku krisis perumahan di China. Hal ini terjadi kerana berlaku boikot oleh pembeli rumah dengan tidak membayar hutang rumah.

 

Mengikut undang-undang di China, rumah yang belum siap boleh dijual. Duit hasil hutang pembeli rumah digunakan untuk pembiayaan membangunkan rumah. Hal ini tidak menjadi masalah selagi mana pemaju mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkan projek.

 

Isu yang terjadi ialah pembeli rumah tidak lagi mahu sambung bayar ekoran banyak penangguhan dalam tempoh masa menyiapkan rumah oleh pemaju. Selain itu, kejatuhan dalam harga rumah juga menyebabkan ramai pembeli untuk menyambung membayar hutang rumah mereka.

 

Asal Usul Krisis Perumahan di China

Pertumbuhan yang pesat yang dialami oleh China datang bersamanya beberapa isu yang mampu menjadi masalah bagi masa hadapan ekonomi China. Antara elemen utama yang terhasil daripada pertumbuhan ini:

  1. harga rumah yang terus meningkat
  2. hutang isirumah yang tinggi
  3. sektor hartanah yang antara penyumbang utama kepada KDNK China

 

Hal ini mendedahkan kepada risiko berlakunya gelembung harga asset.  Langkah presiden China iaitu Xi Jinping untuk mengawal gelembung harga di pasaran serta risiko merupakan titik bermulanya krisis. Xi Jinping telah mula untuk melaksanakan deleveraging atau mengurangkan pendedahan kepada risiko.

 

Maka, saluran dana kepada pemaju mula diketatkan. Perkara ini membawa kepada isu pemaju tidak mampu untuk membiayai kos untuk menyiapkan projek.  Kesan daripada ini terjadinya penangguhan penyiapan. Perkara ini terjadi satu kitaran ganas atau vicious cycle yang akan merumitkan lagi keadaan. 

 

Mengapa isu ini penting?

Krisis kewangan pada sekitar 2008-2010 berpunca dari krisis subprima. Perkara tersebut menjadi kesan domino yang akhirnya merebak ke seluruh dunia. Ada sesetengah negara yang masih belum pulih daripada krisis tersebut.

 

China telah menempatkan dirinya sebagai antara pusat ekonomi utama di dunia. Krisis yang besar seperti ini akan akhirnya merebak ke sektor lain. Hal ini kerana pemangkin utama pertumbuhan ekonomi di China merupakan pembangunan hartanah.

 

Kita sudah dapat melihat kesan krisis dalaman di China yang mampu merebak ke seluruh dunia. Polisi sifar Covid di China telah menyebabkan gangguan dalam rantaian bekalan. China juga merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia. Hal ini bermakna kebergantungan kita kepada China terlalu tinggi. Sudah tentu kesannya juga akan terasa di Malaysia. Pada tahun 2021, hubungan dagang antara Malaysia dan China mencecah 176.4 Bilion USD atau 746 Bilion ringgit.

 

Statistik dan angka:

  1. 2 trillion yuan (RM1.31 trillion) hutang rumah yang mampu untuk terjejas
  2. 46 trillion yuan (RM30.4 trillion) hutang rumah tertunggak
  3. Lebih 50 bandaraya yang terkesan
  4. 176.4 bilion USD (746 billion ringgit) jumlah dagangan Malaysia-China

 

 

Baca juga: Krisis Bekalan Makanan di China 

Ikuti Kami di Twitter: Market Demon 

Ikuti Kami di Telegram: Market Demon

Ikuti Penulis di Twitter: Mazal

 

Trade Bersama XM bonus

 

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.