Home » Krisis Rampasan Kuasa Ukraine dan Krisis Cuba

Krisis Rampasan Kuasa Ukraine dan Krisis Cuba

Pencerobohan Russia
Gambar : Russia dan Ukraine

 

Baru-baru ini kita digemparkan dengan krisis serangan dan percubaan rampasan kuasa oleh Russia yang diketuai oleh Presiden Vladimir Putin terhadap Ukraine. Vladimir Putin mengambil tindakan sedemikian berikutan niat dan keinginan Ukraine di bawah pimpinan Volodymyr Zelensky untuk menyertai pakatan NATO (North Atlantic Treaty Organization). Vladimir Putin memberi amaran terhadap keinginan Zelensky tersebut. Beberapa perundingan yang berlaku antara kedua dua tokoh negara tersebut sebelum Russia mulakan serangan pada 28 Februari 2022.

 

Vladimir Putin bertindak keras dan membantah keinginan Zelensky kerana kedudukan geografi Ukraine yang berjiranan dengan Russia. Juga, kedudukan Ukraine berhampiran dengan ibu kota Russia, Moscow. Jika Ukraine menyertai NATO bermakna pihak NATO dapat memindahkan aset-aset ketenteraan berdekatan dengan Moscow. Jika berlaku perpindahan aset ketenteraan NATO di Ukraine, kedudukan keselamatan Russia akan berada dalam keadaan yang bahaya.

 

 

Ringkasan Krisis Rampasan Kuasa Ukraine

Presiden Russia, Vladamir Putin mengambil langkah untuk menceroboh Ukraine kerana kekerasan Volodymyr Zelensky dengan pendirian dan niat beliau untuk menyertai NATO. Keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat campur tangan daripada negara luar yang khususnya datang daripada Amerika Syarikat dibawah pimpinan Joe Biden. Pihak Russia berpendapat bahawa penglibatan dari negara barat sekadar permainan geopolitik dan kepentingan agenda tersendiri.

 

Tujuan operasi khas Russia terhadap Ukraine bukanlah untuk menjajah tetapi mengambil segala langkah berjaga-jaga agar tiada krisis atau konflik antara Russia dan barat. Maka, Russia mengambil tindakan untuk menceroboh Ukraine supaya pihak Ukraine dapat membatalkan hasrat dan niat untuk menyertai pakatan NATO. Russia juga meyatakan fakta bahawa terdapat banyak peperangan di dunia berlaku hasil campur tangan dari Amerika Syarikat berbanding Russia.

 

Sehingga hari ini, terdapat pelbagai cubaan yang dilakukan oleh Russia untuk mencapai kata sepakat antara Russia dan Ukraine, tetapi pihak barat seolah-olah cuba untuk melengahkan pengakhiran krisis dan konflik ini dengan membuat sekatan demi sekatan ke atas Russia dan berterusan memberikan bekalan ketenteraan kepada Ukraine. Dari segi ekonomi pula, matawang Russia, Ruble telah mengalami kejatuhan yang signifikan beberapa hari sebelum Russia lakukan pencerobohan. Ruble terus jatuh ke tahap terendah pada 7 Mac 2022.

 

 

Kejatuhan Matawang Ruble Sejak Krisis Ukraine bermula
Gambar : Keadaan matawang Ruble dari 28 Februari – 7 Mac

 

 

Sekatan Barat dan Sekutunya

Walaupun terdapat pelbagai cubaan daripada pihak Barat untuk mengganggu dan menyekat ekonomi Russia melalui sekatan-sekatan yang dilakukan, matawang Russia, Ruble telah kembali melakukan kenaikan malah berada ditahap lebih tinggi daripada keadaan sebelum pencerobohan Ukraine berlaku. Ini merupakan indikasi atau petunjuk bahawa Presiden Russia, Vladamir Putin telah bersedia dengan kemungkinan yang boleh berlaku apabila berlaku sekatan-sekatan dari pihak barat dan sekutunya.

 

Meskipun terdapat sekatan-sekatan daripada negara-negara barat dan sekutunya, Russia tetap meneruskan dan memperbanyakkan pegangan emas mereka. Selain itu, Russia juga telah mengenakan sekatan balas dan mula meletakkan syarat-syarat pembelian sumber gas asli dari Russia. Russia mengatakan bahawa, mereka akan hanya menerima pembelian gas asli melalui matawang Ruble.

 

Kenyataan ini sekaligus memberikan impak yang besar terhadap negara-negara yang bergantung terhadap sumber tenaga dari Russia. Malah, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban telah mengadakan perbincangan dengan Vladimir Putin dan cuba untuk mencapai kata sepakat. Beliau mengatakan bahawa Vladimir Putin telah memberikan ‘respond’ yang positif tetapi bersyarat. Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban berkata;

‘Jika Russia mahukan bayaran dengan menggunakan Ruble, kami akan menggunakan Ruble.’

 

 

 Keadaan Russian Ruble
Gambar : Keadaan Russian Ruble sebelum dan keadaan semasa krisis

 

 

Ringkasan Krisis Cuba

Pada Oktober 1962, terdapat pergolakkan antara dua kuasa besar iaitu Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Meski pun mereka sekutu semasa Perang Dunia Kedua, selepas peperangan tamat, hubungan kedua dua negara ini menjadi dingin. Amerika Syarikat tidak menginginkan penguasaan pengaruh ideaologi komunis tersebar ke seluruh dunia, manakala Kesatuan Soviet membenci pendekatan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai campur tangan hubungan luar. 

 

Di Russia, konflik ini dikenali sebagai Карибский кризис (Krisis Caribbean). Manakala di Cuba, krisis ini dinamakan sebagai ‘Krisis Oktober’. Konflik atau krisis ini setaraf dengan ‘Krisis Pengepungan Berlin’ kerana krisis ini merupakan salah satu daripada konfrontasi besar era tersebut serta hampir mencetuskan perang nuklear. Krisis ini merupakan krisis yang hampir mencetuskan perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet kerana Amerika Syarikat mendapati Cuba secara rahsia cuba untuk memasang senjata nukelar di negara itu. 

 

Aset-aset ketenteraan dari Kesatuan Soviet juga berjaya diseludup oleh Kesatuan Soviet ke kepulauan Cuba. Presiden Amerika Syarikat ketika itu John F. Kennedy telah membuat sekatan demi sekatan kepada kepulauan tersebut. Beliau bimbang terhadap keselamatan negara itu jika aset nuklear Kesatuan Soviet berada dekat dalam jangkauan bandar-bandar besar di negara itu. Pada 24 Oktober 1962, sekatan besar-besaran yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat telah bertembung dengan Armada tentera Kesatuan Soviet.

 

Jika terdapat percubaan oleh Soviet untuk melanggar sekatan tersebut kemungkinan besar cubaan tersebut akan mencetuskan konfrontasi tentera yang boleh mempercepatkan ke arah penggunaan senjata nuklear. Walau bagaimanapun kapal-kapal Soviet berhenti dan bertindak untuk tidak terus maju kehadapan. Pihak Soviet bertindak untuk berundur. Kedua dua pihak iaitu Amerika Syarikat dibawah pimpinan John F. Kennedy dan Nikita Khrushchev yang mewakili Kesatuan Soviet mula berunding semula untuk mengurangkan ketegangan.

 

 

Pertembungan antara Kapal Amerika Syarikat dan Soviet Union
Gambar : Pertembungan antara Kapal Amerika Syarikat dan Soviet Union

 

 

Persamaan Motif Serangan Russia dan Krisis Cuba

Terdapat beberapa persamaan dari segi motif serangan Russia ke atas Ukraine dan Krisis Peluru Berpandu di Cuba. Antara persamaan tersebut adalah berkaitan dengan keselamatan negara. Tujuan asal pencerobohan Russia ke atas Ukraine adalah untuk menamatkan cubaan Amerika Syarikat untuk memperluaskan pengaruhnya ke timur. Selain itu, jika Ukraine berjaya menyertai NATO, pihak NATO akan bebas untuk memindahkan segala aset-aset ketenteraan ke Ukraine termasuk senjata nuklear.

 

Sama seperti situasi yang berlaku ketika krisis di Cuba. Pihak Amerika Syarikat telah menilai segala kemungkinan-kemungkinan yang boleh di ambil oleh mereka. Antaranya ialah kemungkinan untuk menceroboh kepulauan Cuba ketika itu. Walau bagaimanapun kemungkinan tersebut berjaya di singkirkan berikutan persetujuan pihak Kesatuan Soviet untuk berundur dari Cuba.

 

Dapatkan bonus 30 USD Percuma

 

Baca Juga : Konflik Russia, Ukraine, Cuba dan Amerika Syarikat

Pengetahuan Tambahan : Ukraine Dan Pengajaran Dari Perang Dingin

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: