Home » Law of Garbage Truck

Law of Garbage Truck

Kisah “Law of Garbage Truck” ini seringkali digunakan oleh pakar motivasi mahupun pakar psikiatri. Bagaimana cerita mengenai lori sampah ini boleh membantu seseorang dalam ‘self-developement’ dan kehidupan kerjaya mereka?

 

Berikut adalah masalah yang selalu kita cuba elakkan dalam aktiviti harian kita;-

  • Kejadian seperti terlibat dengan pemandu kereta yang marah dan bermasalah;
  • Berjumpa dengan pelayan restoran yang mempunyai masalah kurang ajar dengan pelanggan; dan
  • Situasi bos dan rakan kerja yang selalu baran dan beremosi di pejabat, dan banyak lagi contoh lain yang kita tidak inginkan berlaku yang boleh memberi kesan negatif terhadap diri.

 

Apa yang anda akan lakukan jika anda sudah bersemangat untuk masuk office, akan tetapi anda terpaksa melalui perkara-perkara yang berlaku seperti contoh di atas? Emosi dan jiwa anda seharian pada hari tersebut sudah tentu tidak stabil dan seterusnya akan mengakibatkan perbuatan-perbuatan negatif yang lain.

 

Kisah Si Pemandu Grab

Anda mahu pergi ke lapangan kapal terbang. Anda menempah pesanan melalui Grab, lalu anda pun pergi. Setelah sampai, si pemandu tersebut pun terus mencari parking untuk menurunkan anda. Tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna hitam meluncur keluar dari tempat parking dan hampir melanggar kereta Grab yang dinaiki anda. Kedua- dua kereta tersebut sempat untuk berhenti dan hampir langar antara satu sama lain.

 

Suasana menjadi tegang apabila si pemandu kereta mewah tersebut keluar dari kereta dan melakukan aksi sepertimana orang Malaysia selalu lakukan, kata-kata kesat, ketuk ketuk kereta dan gaya jari tengah. Sudah tentu anda pun akan mengalaminya dengan perkara terkejut, nak marah pun ada kerana sudah terlewat. Akan tetapi, berbeza pula dengan si pemandu Grab tersebut, anda melihatnya pun terkejut.

 

Law of Garbage Truck
Pemandu Grab itu senyum lalu beredar.

Beliau menghadapinya dengan tenang, lalu senyum sambil mengangkat tangan meminta maaf.

 

Respons Si Pemandu Grab

Setelah beberapa ketika, anda pun bertanya dengan si pemandu Grab tersebut,

“Mengapa tak marah je tadi tu bang, sah sah dia yang salah”.

 

“Semua orang dalam dunia ini seumpama lori sampah, hari hari kutip sampah dan akan melakukan apa yang lori sampah akan lakukan, iaitu mencari tempat lain untuk membuang sampah yang dikutip tadi”.

“Sama juga dengan kehidupan kita, bila kita selalu terima perkara negatif, kita akan secara automatik akan mencari ‘tempat’ untuk membuang perkara negatif tersebut, sama seperti lori sampah”.

 

“Jangan kita lempar atau buang hal negatif itu kepada orang lain, kepada orang di sekeliling kita; kawan-kawan, isteri, anak anak dan sebagainya, cukup hanya kita mengawal keadaan tersebut dengan menerimanya secara positif dan hati yang terbuka.”

“Keberangkalian untuk orang yang menerima hal negatif tersebut turut akan menyebarkan pula kepada orang lain dan seterusnya perkara negatif itu akan tiada pengakhiran.”

 

Kesimpulan

Kita seharusnya boleh buat pilihan yang bijak dan bernas sekiranya kita menghadapi perkara negatif ini pada masa akan datang supaya orang sekeliling kita dapat bersama kita dengan perasaan yang positif.

 

Adakah kita mahu menjadi seperti lori sampah? Atau menjadi orang yang bijak untuk memilih apa yang terbaik untuk ‘self-development’ diri kita, untuk menjadi orang yang terbaik untuk orang sekeliling kita.

 

Don’t take personally the negative thing that you can’t control,

Take great responsibility for the things you can.

 

Baca Juga : Crab Bucket Mentality

Ikuti Kami di Twitter : Market Demon

Ikuti Kami di Telegram : Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.