Home » 10 Market Rules to Remember

10 Market Rules to Remember

Setelah menghabiskan beberapa dekad sebagai ketua penyelidikan di Merrill Lynch, Bob Farrell berjaya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang penganalisis pasaran terkemuka di Wall Street. Pandangan beliau mengenai pasaran dan analisis dikanunkan sebagai “10 Market Rules to Remember” dan telah diedarkan secara meluas untuk rujukan ramai.

 

Di sini kita akan membincangkan mengenai hal ini dan bagaimana ia dapat membantu anda untuk mencapai kejayaan.

 

1. Pasaran Kembali Kepada Nilai Asal

Apabila mereka berdepan dengan sikap optimis dan pesimis mengenai pasaran, pada akhirnya harga sesuatu aset akan kembali kepada nilai yang lebih rasional. Menurut teori ini, setiap dari pulangan dan nilai akan kembali pada keadaan asal. Reversion atau pembalikan harga secara amnya akan meletakkan pasaran pada keadaan asal. Pengajaran kepada pelabur sebelum melakukan sesuatu dagangan, mereka harus mempunyai perancangan dan membuat keputusan berdasarkan beberapa perkara penting yang terjadi disekeliling.

 

Jangan terpengaruh dengan celoteh dan kemelut pasaran setiap hari.

 

2. Lebihan Kepada Lebihan Bertentangan

Ambil contoh getah yang diletakkan pada sebatang pen ditarik kepada satu arah dan dilepaskan. Pada akhirnya bukan sahaja getah itu kembali pada kedudukan asal, tetapi melangkau lebih dari itu. Begitu juga pasaran apabila nilai melangkaui sesuatu paras dengan berlebihan, kita boleh menjangkakan akan ada overcorrection dari pasaran. Semasa kejatuhan  pasaran, para pelabur dihidangkan dengan peluang untuk membeli. Tetapi mereka lebih gemar untuk menentukan arah dan dagangan akan berlaku pada tahap yang tidak masuk akal.

 

Bagi pelabur yang bijak, mereka akan menunggu peluang dengan tenang sambil pertahankan modal.

 

3. Lebihan Tidak Akan Kekal

Persamaan dalam kalangan pelabur berjaya, mereka mempunyai kecenderungan untuk percaya bahawa apabila keadaan memihak kepada mereka, peluang untuk mereka meraih keuntungan adalah tiada had. Apa yang difikirkan adalah tidak benar. Kita tahu tiada apa yang akan kekal, termasuklah industri kewangan. Contoh apabila anda berjaya membeli aset pada harga rendah ataupun aset anda berada pada nilai tertinggi, suatu masa anda perlu mengambil tindakan juga. Kerana dua peraturan pertama telah menjelaskan.

 

Anda tidak boleh mengira ayam yang dimiliki sebelum mereka menetas

4. Pembalikkan Harga Tidak Akan Mendatar

Pasaran yang bergerak secara mendadak lebih cenderung untuk pembalikkan mendadak dan menghalang pelabur dari membuat keputusan yang rasional. Apa yang kita boleh ambil disini ialah, para pelabur perlu lebih tegas dalam membuat setiap keputusan pelaburan. Apabila pasaran bergerak dengan pantas keputusan akan disusuli dengan emosi. Stop Order dapat membantu pelabur dalam dua perkara iaitu dengan menentukan point untuk keluar dan masuk kedalam pasaran. Dengan cara ini pelabur dapat limitkan jumlah kehilangan modal mereka.

 

5. Orang Awam Suka Membeli Pada Harga Tinggi Berbanding Harga Rendah

Pelabur terdedah untuk membaca berita terkini pada telefon bimbit mereka, menonton program pasaran dan mempercayai apa yang diberitahu kepada mereka. Malangnya, apabila berita kewangan mula melaporkan pergerakan harga tertentu, perkara itu sudah berlaku dan selesai. Secara kebiasaanya pembalikan sedang berlaku pada ketika itu. Ini akan membuatkan ramai buy high, sell low.

 

Lihat sahaja contoh pada Bitcoin, “Buy the dip” mereka kata 🙂

 

6. Fear dan Greed : Lebih Kuat Daripada Penyelesaian Jangka Panjang

Emosi manusia merupakan musuh terbesar bagi pelaburan yang berjaya. Tetapi sama ada anda pelabur jangka panjang atau day trader, pendekatan berdisiplin untuk berdagang adalah kunci kepada keuntungan. Mengetahui masa untuk keluar daripada sesuatu trade adalah jauh lebih sukar daripada mengetahui masa untuk masuk.

 

Mengetahui waktu untuk take profit atau cutloss adalah sangat mudah, tetapi apabila anda memegang sesuatu yang pantas bergerak, takut dan tamak bertindak cepat untuk memisahkan anda daripada realiti dan wang.

 

7. Pasaran : Strong When Broad, Weak When Narrow

Walaupun banyak yang boleh diperoleh daripada tumpuan pada purata indeks popular, kekuatan pergerakan pasaran ditentukan oleh kekuatan asas pasaran secara keseluruhan. Oleh itu, purata yang lebih luas menawarkan pandangan yang lebih baik terhadap kekuatan pasaran.

 

8. Bear Markets Mempunyai Tiga Peringkat

 

Bob Farrell's 8th rule
Bob Farrell’s 8th rule

 

Market technicians menemui pattern biasa dalam kedua-dua tindakan pasaran bull dan bear. Bear pattern seperti yang diterangkan di sini, pertama melibatkan penjualan mendadak. Semasa berlaku bear market, harga lebih cenderung untuk turun kepada 20% atau lebih. Dalam kebanyakan kes, bear market melibatkan keseluruhan indeks.

 

Market sebegini secara amnya disebabkan oleh aktiviti ekonomi yang lemah atau perlahan. Ini diikuti dengan apa yang dipanggil sucker’s rally. Para pelabur akan mengikuti kedalam pasaran apabila harga mebuat kenaikan yang drastik sebelum membuat sharp correction ke bawah semula.

 

Fasa terakhir bear market adalah dimana harga turun pada paras yang lebih munasabah atau lebih teruk.

 

9. Berwaspada dengan Pakar dan Ramalan

Apabila semua orang yang ingin membeli telah membeli, tiada lagi pembeli. Pada ketika ini, pasaran mesti berubah menjadi lebih rendah. Begitu juga apabila semua orang yang ingin menjual telah menjual, tiada lagi penjual yang tinggal.

 

Oleh itu, apabila pakar pasaran dan ramalan memberitahu anda untuk “jual, jual, jual” atau “beli, beli, beli” pastikan anda tahu bahawa ramai orang mengikuti trend itu, sehingga tiada apa-apa lagi untuk dijual atau dibeli. Apabila anda menurut masuk, sesuatu yang lain mungkin akan berlaku.

 

10. Bull Markets Are More Fun Than Bear Markets

Perkara ini adalah benar untuk kebanyakan pelabur kerana harga akan terus meningkat dalam tempoh ini. Siapa yang tidak suka melihat keuntungan mereka meningkat kan?

 

Kesimpulanya

Tiada siapa yang mengatakan pelaburan itu mudah. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan perlu diambil tahu. Sama ada anda seorang trader baru atau seseorang yang telah lama di dalam pasaran ketahuilah, kita mudah untuk terperangkap dalam perubahan market dan emosi.

 

Tetapi jika anda mengamalkan 10 peraturan Bob Ferrell yang telah diuji ini, berkemungkinan anda boleh berjaya.

 

Ingin Belajar Trading? : Dapatkan Bonus 30USD Percuma

Baca Juga : Hawkish dan Dovish

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: