Home » Adakah Cara Untuk Meramal Pasaran Forex?

Majoriti peserta pasaran cenderung untuk meramal pasaran kewangan sama ada forex mahupun saham. Pelbagai cara analisis yang boleh dipelajari untuk menganalisis pasaran sama ada melalui teknikal mahupun fundamental. Tetapi masih terdapat tanda tanya berkenaan cara untuk meramal pasaran saham dan forex. Ada sesetengah pedagang pasaran menganggap bahawa pasaran kewangan tidak boleh diramal kerana meramal pergerakkan harga merupakan perkara yang sia-sia. Bruce Berkowitz pernah berkata;

There are two ways to invest :

1. You can predict.
2. You can react.

 

Meramal Pasaran Forex

Ramal‘ merupakan kata kerja yang bermaksud menggunakan sesuatu untuk mengetahui perkara yang bakal berlaku sama ada untuk melihat nasib sendiri ataupun nasib orang lain. Ramal juga bermakna seseorang itu cuba meneka perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang. Kebanyakkan orang kerap cuba untuk meneka perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang berdasarkan pengalaman yang mereka peroleh sepanjang hidup.

 

Manakala untuk peserta pasaran pula, majoriti daripada mereka juga kerap membuat cubaan untuk meramal pergerakkan harga pasaran sama ada menggunakan teknikal mahupun fundamental analisis. Walaupun ada peratusan peserta yang berjaya untuk meramal pergerakkan harga, selalunya ia tidak akan kekal lama dan berpanjangan. Sebaliknya mereka hanya bergantung kepada ‘luck‘. Mereka juga boleh terperangkap dalam khayalan kerana terbayang-bayang akan perkara yang belum tentu berlaku atau tidak mungkin berlaku langsung.

 

Hakikatnya, tiada siapa pun yang boleh meneka atau meramal pergerakaan harga pasaran walaupun seminit. Maka, usaha untuk terus meneka dan meramal merupakan perbuatan yang sia-sia. Warren Buffet pernah berkata;

I make no attempt to forecast the market—my efforts are devoted to finding undervalued securities.

Dapatkan 30 USD Percuma

 

React adalah Cara yang Terbaik

React‘ atau bertindak balas merupakan salah satu cara yang lain untuk melabur. Bertindak balas bermaksud menjalankan usaha untuk melakukan sesuatu serta mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku. Kesilapan majoriti peserta pasaran kewangan adalah lebih cenderung untuk meramal berbanding memilih untuk bertindak dengan data-data yang diberikan.

 

Data-data yang peserta kewangan boleh peroleh bukan sahaja daripada chart malah daripada data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh bank pusat negara. Dengan pemahaman yang baik berkenaan dengan data-data ekonomi yang dikeluarkan daripada bank pusat, peserta kewangan dapat membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan data dan matlumat yang dapat diperoleh. Data seperti CPI atau PPI yang dikeluarkan berkenaan dengan inflasi boleh ditafsir oleh peserta kewangan. Segelintir peserta juga kerap meramal data yang bakal dikeluarkan oleh bank pusat.

 

Di dalam pasaran dagangan, peserta boleh react di mana peserta harus membuat keputusan untuk melakukan dagangan berdasarkan apa yang berlaku di dalam pasaran ketika itu. Peserta pasaran atau seorang trader akan terdedah dengan situasi untuk membuat decision making iaitu sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti dagangan. Decision making yang melibatkan pengetahuan untuk mentafsir data daripada chart, candlestick, chart pattern, indicator dan lain-lain.

Far more money has been lost by investors trying to anticipate corrections, than lost in the corrections themselves. 

– Peter Lynch

How to Trade For A Living

 

Ikuti kami untuk mendapatkan info dan berita terkini berkenaan perkembangan isu global dan tempatan. 

Twitter Market Demon

Telegram Market Demon

Facebook Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published.