Home » Oscillator Indicator

Oscillator Indicator

Apa itu Oscillator Indicator?

 

Oscillator Indicator adalah petunjuk sama ada harga sedang berada di “extreme high” atau “extreme low”. Ketika harga sudah mencapai paras “extreme high”, ia menandakan bahawa sesebuah aset itu dalam keadaan “overbought” manakala jika harga berada di paras “extreme low”, aset tersebut dalam keadaan “oversold”.

 

Oscillator Indicator ini biasanya digunakan bersama indicator yang lain untuk membantu membuat keputusan semasa berdagang. Analisis berpendapat bahawa masa yang sesuai untuk menggunakan indicator ini adalah ketika harga berada dalam keadaan trend yang tidak jelas seperti harga pasaran yang sedang “sideway”.

 

Dalam teknikal analisis, pedagang menganggap indicator ini salah satu indicator yang penting untuk difahami tetapi pedagang juga perlu mahir membaca carta untuk membantu perdagangan mereka. Antara oscillator indicator yang sering digunakan adalah Stochastic Oscillator.

 

 

Stochastic Oscillator

 

Stochastic Oscillator adalah indicator yang membandingkan harga penutupan dengan julat harga dalam tempoh tertentu. Sensitiviti indicator ini terhadap pergerakan pasaran boleh diubah mengikut tempoh masa yang bersesuaian. %K dikenali sebagai “fast stochastic” manakala %D ialah “slow stochastic”.

 

Indicator ini adalah “range bound”, bermaksud ia selalunya berada di antara paras 0 dan 100. Perkara ini menjadikan indicator tersebut berguna dengan mengambil kesempatan ketika harga dalam keadaan “extreme high”  dan “extreme low”. Apabila bacaan indicator mencapai paras 80, ia dianggap sebagai “extreme high” manakala ketika bacaan indicator berada di bawah paras 20, ia dianggap “extreme low”. Persilangan antara dua garis dianggap memberi petunjuk bahawa perubahan harga sedang berlaku.

 

Akan tetapi indicator ini bukanlah semata-mata sebagai petanda harga akan berubah arah. Jika sesebuah trend itu kuat, bacaan indicator boleh berada dalam keadaan ekstrem untuk tempoh yang lebih panjang. Sebaliknya, pedagang perlu menggunakan indicator ini sebagai petunjuk ketika pertukaran ataupun penerusan sesebuah trend.

 

Oscillator Indicator
Penggunaan Stochastic Oscillator semasa harga berada dalam keadaan sideway

 

Oscillator Indicator
Lihat bagaimana Stochastic Oscillator memberi reaksi ketika harga sedang trending

 

Perbezaan Relative Strength Index (RSI) dan Stochastic Oscillator

 

RSI dan Stochastic Oscillator sering digunakan bersama kerana mereka mempunyai teori dan cara penggunaan yang berbeza. Dalam kata lain, RSI digunakan untuk mengukur kelajuan harga manakala Stochastic pula digunakan dengan lebih tepat semasa harga bergerak dalam “trading range” yang konsisten. RSI lebih berguna ketika harga sedang trending manakala Stochastic lebih baik ketika harga sedang sideway atau pasaran yang “choppy”.

 

Limitasi Penggunaan Stochastic Oscillator

 

Masalah yang sering dihadapi oleh pedagang ketika menggunakan Stochastic Oscillator adalah ia sering memberikan informasi yang palsu. Ini kerana “signal” yang diberikan oleh indicator tidak semestinya tepat malah boleh menyebabkan kerugian ketika berdagang. Ketika pasaran yang sedang “volatile”, perkara ini sering terjadi. Salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku adalah dengan membuat tapisan pada pembentukan dan trend harga di mana pedagang membuat tindakan di paras harga yang penting.

 

 

The core problem, however, is the need to fit markets into a style of trading rather than finding ways to trade that fit with market behaviour. – Brett Steenbarger

 

Kesimpulan

 

Penggunaan indicator ini bersama indicator yang lain dapat membantu mencari di mana harga yang sesuai untuk keluar dan masuk pasaran. Pedagang juga boleh melihat bagaimana pedagang professional keluar dan masuk pada waktu yang tepat dalam pasaran di samping dapat menggunakan indicator mengikut pendekatan dan kesesuaian masing-masing.

 

Baca juga: Trend Indicator

Ikuti kami di Twitter: Market Demon

Ikuti kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.