Home » Kenali Otto von Bismarck: Sang Canselor Besi

Kenali Otto von Bismarck: Sang Canselor Besi

Otto von Bismarck

Gambar 1.1 Otto von Bismarck (Kredit: Marinamaral)

 

Jerman terletak di tengah eropah dan digelar sebagai jantung eropah. Merupakan sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di benua tersebut serta menjadi pusat politik bagi Kesatuan Eropah. Tahukah anda disebalik kemajuan yang dikecapi, ada seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam pembentukan sebuah negara bangsa Jerman seperti yang kita lihat pada hari ini.

 

Jerman menjadi sebuah negara moden yang bersatu di bawah kepimpinan “Canselor Besi” Otto von Bismarck (1815-1898). Beliau merupakan seorang pakar strategi yang telah melancarkan beberapa siri perperangan dengan Denmark, Austria dan Perancis untuk menyatukan 39 wilayah Jerman di bawah kepimpinan Prusia. Walaupun merupakan seorang yang konservatif, Otto memperkenalkan pembaharuan yang progresif. Untuk mencapai matlamatnya, dia memanipulasi pencabarnya di eropah untuk menjadikan Jerman kuasa besar di eropah.

 

Kehidupan

Otto Eduard Leopold von Bismarck lahir pada 1 April 1815 di estet milik keluarganya yang terletak di barat Berlin. Bapanya Ferdinand von Bismarck-Schoenhausen merupakan seorang Junker generasi kelima (Golongan aristokrat Jerman). Ibunya Wilhelmine Mencken pula datang daripada keluarga yang berlatarbelakang kan akademi dan penjawat awam. Ketika Otto berumur 7 tahun, beliau didaftarkan di Plamann Institute yang terletak di Berlin. Keluarganya turut mengambil keputusan untuk berpindah ke sana supaya berdekatan dengan anak mereka.

 

Beliau menghabiskan 5 tahun berada di institusi tersebut sebelum berpindah ke sekolah menengah Frederick William selama 3 tahun. Selepas itu beliau mengambil ujian kemasukan universiti (Abitur) pada tahun 1832 dan menyambung pelajarannya di University of Göttingen yang terletak di kerajaan Hannover. Beliau mengambil jurusan undang-undang di atas galakkan ibunya. Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat sementara di salah sebuah universiti di Berlin sebelum memasuki bahagian perkhidmatan awam Prusia. Beliau dibelenggu kebosanan dan mempunyai masalah untuk mematuhi prinsip hierarki birokrasi

 

Kematian ibunya pada tahun 1839 membuatkan Otto berhenti dari kerjanya untuk membantu ayahnya yang sedang mengalami masalah kewangan dalam pengurusan estet milik keluargannya. Dari tahun 1839 hingga 1847 Otto hidup sebagai rakyat biasa di Prusia. Pada ketika ini juga, Otto bertemu dan mengahwini Johanna von Puttkamer yang merupakan anak kepada keluarga aristokrat. Semasa melamar Johanna, Otto yang merupakan seorang atheis telah bertukar kepada agama Kristian. Otto merasakan hidup mempunyai pegangan ini membangkitkan semangat rohaninya. Hal ini juga membuatkan Otto selalu berfikir bahawa setiap keputusan yang beliau lakukan mendapat keizinan tuhan.

 

 

Sang Cancelor Besi

Raja William I yang merupakan raja Prusia pada tahun 1862 telah melantik Otto sebagai perdana menteri Prusia. Walaupun kelihatan seperti Otto yang bekerja untuk William, tetapi hakikatnya beliau lah yang bertangungjawab memanipulasi raja serta menggunakan autoriti diraja untuk memintas kuasa pegawai yang lain.

 

Pada tahun 1864 Otto memulakan siri perperangan yang membolehkan Prusia menjadi kuasa besar di eropah. Beliau memulakan serangan keatas Denmark untuk menakluki wilayah berbahasa Jerman iaitu Schleswig & Holstein. Dua tahun selepas itu beliau melakukan provokasi keatas maharaja Franz-Josef I yang menjadi punca perperangan Austro-Prusia (1866) dan berakhir dengan kemenangan bagi pihak Prusia.

 

Otto von Bismarck

Gambar 1.2 Peta Schleswig-Holstein (Kredit: Britannica)

 

Otto Melihat peluang untuk menyatukan Jerman lalu mencetuskan ketegangan antara Perancis dengan Prusia. Beliau mengubah telegram dari Raja William I dan membuatkan kedua dua negara berasa terhina antara satu sama lain. Perancis menyistiharkan perang, tetapi Prusia dan sekutu Jerman mereka menang dengan mudah. Prusia menyatukan wilayah sempadan Perancis iaitu Alsace dan Lorraine lalu menobatkan William sebagai maharaja Jerman Bersatu (Reich Kedua) di Versailles (wilayah di Perancis). Ini merupakan suatu penghinaan buat Perancis.

 

Kulturkampf, Negara Kebajikan, Empayar

Setelah Jerman bersatu, William dan Otto beralih untuk mengukuhkan kuasa domestik Jerman. Sebahagian besar pada tahun 1870, Otto melancarkan Kulturkampf (Perjuangan budaya) menentang katolik yang dianuti oleh 36 peratus penduduk Jerman dengan meletakkan sekolah gereja dibawah kawalan negara serta menghapuskan jawatan paderi jesuit. Tetapi pada tahun 1878, Otto terpaksa mengalah dan bekerjasama dengan gereja katolik untuk menentang ancaman fahaman sosialis yang semakin meningkat.

 

Pada tahun 1880, Otto mengetepikan dorongan konservatifnya demi menentang fahaman sosialis yang semakin merebak dengan menjadikan Jerman sebagai negara kebajikan moden pertama di eropah. Beliau telah mewujudkan pusat kesihatan negara (1883), Insuran kemalangan (1884) dan pencen bagi golongan warga emas (1889). Otto juga menjadi pengerusi persidangan Berlin pada tahun 1885 dan mengakhiri peperangan di Afrika serta membahagikan benua Afrika di antara kuasa Eropah. Kesudahannya Jerman membangun koloni di Cameroon, Togo, timur dan barat daya Afrika.

 

Tahun Akhir Dan Legasi

William I telah meninggal dunia pada tahun 1888 dan mahkotanya digantikan oleh anak beliau iaitu Frederick III dan kemudian cucunya William II. Kedua waris William I ini dilihat sukar untuk di manipulasi oleh Otto. Pada 1890 Raja Frederick III mahu Otto turun dari jawatannya. Semasa pemerintahan William II, beliau kelihatan sukar untuk mengekalkan keseimbangan persaingan antarabangsa yang telah dimanipulasi oleh Otto semasa pemerintahannya. Selepas kematian Otto, beliau begitu dihormati dan menjadi seperti tokoh mitos bagi sesetengah pemimpin politik yang menganggap beliau sebagai pemimpin Jerman paling berpengaruh. Berikut merupakan kata-kata popular Otto semasa menjadi pemerintah di Prusia:

 

Never believe anything in politics until it has been officially denied

 

 

Dapatkan 30 USD Trade Bonus

Baca Juga: Pengajaran dari Sir Isaac Newton, Karl Marx Pengasas Kapitalisme dan Komunisme

Ikuti Kami Di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami Di Telegram: Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.