Pemikiran Minimalisme Dan Kesederhanaan

Konsep Idea Minimalisme
Minimalisme Dalam Mencapai Impian
Andai kata anda mahu mencapai sesuatu impian yang besar. Jika anda tidak ada gambaran yang jelas terhadap hal mustahak untuk mencapai impian tersebut, kebarangkalian untuk anda leka dengan hal-hal remeh adalah tinggi. Hidup harus dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan menjalani kehidupan harian melakukan dan memikirkan perkara yang tidak penting, ianya adalah tindakan sia-sia.
Ketika Mike Flint iaitu bekas juruterbang pelabur lagenda Warren Buffet menulis impiannya, beliau menyenaraikan sejumlah 25 buah impian. Sebaik saja ianya dipamerkan kepada pelabur hebat itu, beliau disuruh untuk menandakan 5 buah impian yang utama yang penting bagi beliau. Warren Buffet kemudiannya mengatakan “anda perlu elak dari mengejar impian selain 5 impian utama ini. Apa jua terjadi, impian selain 5 impian utama ini tidak sepatutnya diberi tumpuan sehingga anda berjaya mencapai 5 impian utama anda.”
Mark Zukerberg iaitu pengasas bersama syarikat Facebook, sering memakai stail pakaian yang sama setiap hari. Ini kerana beliau sedar bahawa beliau tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk membuat keputusan yang tidak mustahak. Fikirannya sentiasa dipenuhi dengan perkara yang penting dan bukannya hal-hal remeh dan ini salah satu punca utama kejayaan beliau yang hebat dalam bidang usahawan. Kita seharusnya mencontohi sikap mementingkan hal yang lebih mustahak seperti ini.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia boleh mencapai apa jua perkara, tetapi bukan kesemuanya. Penting untuk kita menyenaraikan keutamaan kita supaya kekal fokus dan komited. Kerana untuk mencapai apa yang anda perlukan, ianya sering menuntut pengorbanan terhadap perkara yang tidak diperlukan. Oleh yang demikian, sudahkah anda mula memilih keutamaan dan singkirkan perkara lain yang tidak menyumbang kepada matlamat tertinggi anda?
Baca juga : Strategi Perdagangan Richard Wyckoff
The ability to simplify means to eliminate the unnecessary so that the necessary may speak – Hans Hoffman