Home » Perjanjian Sistem Bretton Woods

Perjanjian Sistem Bretton Woods

Secara umum sebelum penjanjian sistem Bretton Woods di rangka dari tahun 1944 dan mencapai kata sepakat pada 1971. Sejarah Emas Dalam Ekonomi dunia masih lagi  menggunakan sistem piawaian emas sehingga penghujung Perang Dunia Kedua. Sistem Bretton Woods ini di rangka bagi menggantikan sistem piawaian emas pada ketika  itu.

tempat perjanjian Bretton wood
Gambar 1.0 Tempat  Perjanjian Bretton Wood

Apa Itu Sistem Bretton Woods

Pada abad 20, Sistem Bretton Wood merupakan urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditambat dengan nilai emas. Setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan. Ia  mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran.

 

Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan keboleh tukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan dimana  dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli. Sistem Bretton Woods telah wujud atas beberapa faktor politik, yang melibatkan negara yang berpengalaman dalam kemelesetan ekonomi.

 

persidangan bretton wood
Gambar 1.1 Persidangan Bretton Wood

 Mengenai Perjanjian Bretton Wood

Dalam persediaan Membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia II masih berlangsung dan telah memusnahkan peradaban dunia. Sebanyak  730 deligasi dari 44 buah negara bersekutu telah berkumpul di Hotel Mount Washington Amerika Syarikat bagi menghadiri Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para deligasi telah menanda tangani Perjanjian Bretton Wood semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944. Dalam menyiapkan sistem peraturan institusi dan prosedur untuk mengawal selia sistem kewangan antarabangsa.

 

kadar matawang pada Perjanjian sistem bretton wood
Gambar 1.2 Kadar Tukaran Matawang pada tahun 1955

 

Para deligasi telah menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD)  dimana ia merupakan sebahagian daripada kumpulan Bank Dunia. Pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945 selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk menandatangani perjanjian. Dalam perjanjian ini setiap negara perlu mewujudkan satu dasar kewangan. Dimana kadar pertukaran matawang kertasnya kekal keatas matawang dolar Amerika Syarikat.

 

 

Reka bentuk sistem ini memaksa negara-negara di dunia ini hanya boleh menukar emas kepada “matawang utama” iaitu dolar Amerika Syarikat. Disamping itu negara-negara dunia juga boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, sebaliknya hanya menyimpan matawang dolar. Oleh kerana matawang rizab dunia ialah dolar AS ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS.  Ini akan memastikan kadar pertukaran matawang bagi pembelian dan penjualan tidak melebihi satu peratus dari kadar yang ditetapkan.

 

Maka dengan itu dolar AS telah menjadi satu peranan besar dalam mengambil alih peranan yang digunakan pada emas dengan terciptanya sistem Bretton Woods, Amerika Syarikat telah menghasilkan rizab barangan perusahaan, simpanan emas dan matawang dalam simpanan Amerika Syarikat.

 

 

Dapatkan 30 Usd Trade Bonus

Baca Juga: Sejarah Emas Dunia

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon
Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published.