Home » Perniagaan Di Zaman Stagflasi

Perniagaan Di Zaman Stagflasi

Bagi pemimpin America Inc, inflasi yang tinggi adalah tidak diingini. Ia juga diluar kebiasaan. Warren Buffett, 91, bos tertua dalam indeks S&P 500, memberi amaran tentang bahaya kenaikan harga. Rata-rata ketua eksekutif syarikat yang tersenarai dalam indeks tersebut, berumur 58 tahun, belum mula menjejak kaki ke universiti ketika Pengerusi Fed, Paul Volcker melawan inflasi pada tahun 1979.

 

Pada masa kebanyakan ketua eksekutif mula memasuki alam pekerjaan, kapitalisme global mengalami kebangkitan dan membawa kepada era inflasi yang rendah dan keuntungan yang tinggi. Pada 7 Jun, Bank Dunia memberi amaran bahawa untuk tempoh beberapa tahun ini, inflasi mungkin berada di atas purata dan pertumbuhan di bawah purata.

 

Kajian baharu mendapati bahawa jika anda mengukur inflasi secara konsisten, kadar hari ini tidak begitu jauh dari paras kemuncaknya pada tahun 1980. Ketua sksekutif hari ini mungkin menganggap diri mereka tegar dalam menghadapi inflasi kerana mereka telah melalui krisis kewangan dan wabak. Walau bagaimanapun, cabaran stagflasi memerlukan kaedah berbeza.

 

Cabaran utama bagi mana-mana pasukan pengurusan adalah untuk mempertahankan margin dan aliran tunai. Walaupun terdapat peningkatan dalam margin apabila inflasi mula meningkat tahun lepas sehingga menyebabkan ahli politik mengecam kerakusan korporat, tetapi keuntungan selepas cukai sebenarnya cenderung menurun.

 

Syarikat perlu meningkatkan aliran tunai mereka. Ini bermaksud dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengalihkan kos inflasi kepada pengguna tanpa mejejaskan jumlah jualan. Memotong kos bukan sesuatu yang mudah. Harga komoditi, kos pengangkutan, dan kos buruh akan kekal naik. Kekangan rantaian bekalan telah mula berkurangan sedikit dan mungkin terus berkurangan dalam beberapa bulan akan datang. Tetapi gangguan hampir pasti akan berterusan.

 

Pada bulan April, Apple mengeluh bahawa kekurangan cip komputer dijangka mewujudkan kekangan $4bn – 8bn pada suku semasa. Input yang paling mudah dikawal ialah buruh. Selepas berbulan-bulan mengupah pekerja, syarikat sedang mencari cara untuk melindungi margin. Pasaran buruh kekal ketat, di Amerika Syarikat, gaji meningkat lebih daripada 5% tahun ke tahun dan pada bulan April, pemberhentian pekerja mencecah rekod terendah.

 

Dalam memo yang dihantar kepada pekerja bulan ini, Elon Musk mendedahkan rancangan untuk mengurangkan jumlah gaji di Tesla sebanyak 10%. Syarikat digital yang berkembang pesat semasa wabak, telah memecat hampir 17,000 pekerja pada bulan Mei. Selepas menggoda pekerja dengan peningkatan gaji dan faedah, sekarang lebih banyak CEO Amerika Syarikat bercakap mengenai automasi dan kecekapan buruh.

 

Dalam iklim semasa, kawalan kos yang ketat tidak akan mencukupi untuk mengekalkan keuntungan. Beban inflasi mesti dialihkan kepada pengguna. Banyak perniagaan akan mempelajari kesukaran menaikkan harga tanpa mengecutkan permintaan. Syarikat gergasi berkongsi beberapa ciri yang sama :

 

1. Persaingan yang lemah
2. Ketidakupayaan pengguna untuk menangguhkan pembelian
3. Aliran tunai berkait dengan inflasi.

 

Jenama yang kukuh juga membantu. Starbucks mampu bermegah dengan pendapatan pada bulan Mei walaupun harga kafein meningkat. Data terkini membayangkan, lebih berisiko bagi firma untuk melancarkan kenaikan harga yang kerap. Keupayaan untuk meneruskan kenaikan harga tatkala pengguna mengetatkan perbelanjaan mereka memerlukan pengurusan yang teliti. Sesebuah perniagaan perlu mengambil pandangan jangka panjang tentang berapa lama kenaikan harga akan bertahan dan pada had apa yang boleh diterima oleh pengguna.

 

Banyak syarikat membuat percaturan yang salah dalam menilai permintaan terhadap produk mereka. Walmart kehilangan hampir satu perlima daripada nilai pasarannya atau sekitar $80 bilion, pada pertengahan bulan Mei. Antara tahun 1979 dan 1986, semasa serangan inflasi yang tinggi, firma Amerika Syarikat dituntut oleh undang-undang untuk membentangkan penyata pendapatan yang diselaraskan untuk kenaikan harga.

 

Baca juga : Ekonomi Rusia Kembali Ke Landasan

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Win A RM2000 Mydin Gift Card

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.