Home » Procrastinate Musuh Utama dalam Diri

Procrastinate Musuh Utama dalam Diri

Procrastinate adalah satu tindakan berlengah-lengah atau satu refleks badan yang menangguh sesuatu tindakan atau keputusan. Bagaimana ianya boleh menjadi musuh utama dalam diri?Sebagai contoh; anda diberi tugas untuk menyiapkan satu assignment atau artikel, akan tetapi anda memilih untuk melayari internet berjam jam, walhal anda ada tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan, ini yang dinamakan procrastinating.

 

KENAPA KITA PROCRASTINATE?

Kebanyakan orang beranggapan bahawa masalah procrastinate ini adalah masalah keinginan (willpower), akan tetapi secara hakikatnya masalah ini adalah lebih besar dan kompleks lagi. Apabila berhadapan dengan sesuatu tugasan yang diberi, kita selalunya akan bersungguh sungguh dan akan bergantung dengan semangat atau motivasi pada diri kita pada waktu itu, untuk memastikan tugas tersebut dapat diselesaikan dengan cepat dan betul.

 

Walaubagaimanapun, ada banyak perkara yang boleh menganggu motivasi kita, perkara yang akan melunturkan semangat kita, seterusnya akan membuat kita menjadi procrastinate. Sebagai contoh, perasaan resah, perasaan takut menghadapi kegagalan dan banyak lagi emosi negatif lain yang menyebabkan kita terpaksa menangguh sementara apabila mahu melakukan sesuatu.

 

Procrastinate

 

Jadi mari kita lihat beberapa contoh mudah mengapa kita procrastinate.

MATLAMAT YANG ABSTRAK

Kita akan mudah procrastinate apabila matlamat kita terlalu abstrak atau terlalu am. Sebagai contoh; matlamat untuk menjadi sihat atau bersenam adalah terlalu am dan seterusnya menyebabkan kita akan bertangguh untuk mencapainya. Berbeza jika kita menetapkan sesuatu matlamat itu dengan lebih khusus seperti, pergi ke gym untuk bersenam selama 30minit, selepas waktu kerja, pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

 

KESUKARAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

Seseorang itu akan menjadi procrastinate apabila menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan yang tepat pada waktunya. Dia terlalu memikir apa tindakan yang sesuai terhadap tugasan yang diterimanya. Oleh kerana asyik memikir apa tindakan yang sesuai, dia sudah proscrastinate dan tugasan tersebut akan tertangguh. Sebagai contoh; keinginan untuk diet akan boleh tertangguh apabila seseorang itu tidak boleh membuat keputusan apa plan diet yang sesuai untuk diikuti.

 

TAKUT TERHADAP FEEDBACK YANG NEGATIF

Kebanyakan orang akan procrastinate kerana mereka takut dinilai dan takut untuk menerima komen yang negatif. Sebagai contoh; seseorang itu akan menangguh kajiannya atau projek yang ingin dilakukan kerana kuatir dengan apa yang akan difikirkan oleh orang sekeliling.

 

Dapatkan 30USD Modal Trade PERCUMA

 

BAGAIMANA MAHU MENGATASI PROCRASTINATE?

  • Mulakan dengan membuat matlamat atau tujuan dengan jelas. Pastikan anda melakukan tugasan tersebut dengan serta merta dan seterusnya boleh mencapai matlamat yang diingini.
  • Analisa masalah procrastinate ini dengan lebih mendalam. Anda boleh mulakan dengan mengenalpasti bila anda akan menjadi proscrastinate, bagaimana dan mengapa ianya boleh terjadi.
  • Merancang tindakan yang sesuai untuk mengelakkan diri dari menjadi procrastinate.
  • Akhir sekali, lakukan apa yang telah dirancang. Kenal pasti apa yang perlu dilakukan lagi untuk menambahbaik lagi langkah utk mengelakan diri dari procrastinate pada masa yang akan datang.

 

KESIMPULAN

Secara amnya, ada banyak perkara yang akan menyebabkan seseorang itu menjadi procrastinate. Jadi, adakah sikap ini ini perkara yang tidak elok? Dengan memahami mengapa orang procrastinate itu akan membuatkan kita untuk sedaya upaya untuk mengelakkan sikap ini daripada berlaku, seterusnya menjadikan kita untuk lebih efisyen dan efiktif dalam menggapai segala perkara yang dihajati.

 

Baca First Principle Thinking

Follow Market Demon 

      

Leave a Reply

Your email address will not be published.