Home » Reaksi Market dalam Trading

Reaksi Market

 

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku di dalam market apabila data-data berkaitan ekonomi di umumkan oleh bank pusat. Pergerakan harga yang besar dan drastik boleh terjadi tatkala data ekonomi dikeluarkan. Kadang kala tiada pergerakkan yang berlaku di dalam market apabila terdapat pengumuman daripada wakil bank pusat. Reaksi yang berlaku di dalam market boleh memberikan peluang kepada ‘traders’ untuk dimanfaatkan.

 

3 reaksi yang boleh berlaku ialah :

  1. Pergerakan sebelum peristiwa
  2. Pergerakan semasa peristiwa
  3. Pergerakan selepas peristiwa

 

Dapatkan bonus 30 USD Trade Bonus

 

Pergerakan Sebelum Peristiwa

Reaksi yang paling bahaya untuk ‘traders’ baru dan yang amatur adalah pergerakkan harga sebelum peristiwa berlangsung. Ini bermakna bahawa terdapat pergerakkan drastik dan signifikan sebelum hari atau waktu data ekonomi yang akan diumumkan. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana terdapat kebocoran data atau majoriti sedang ‘buy the rumours’. Kadang kala terdapat juga khabar angin yang telah disebarkan oleh pegawai bank pusat. Sekaligus boleh menyebabkan berlakunya pergerakkan harga sebelum peristiwa yang sebenar berlangsung.

 

Cara yang terbaik untuk ‘traders’ manfaatkan pergerakan awal adalah dengan mengikut mometum atau pun trend yang berlaku sebelum data ekonomi yang sebenar diumumkan. Juga ‘traders’ juga di nasihatkan agar keluar dari market kerana terdapat juga kemungkinan berlakunya ‘profit taking’ yang boleh menyebabkan berlakunya pergerakkan yang bertentangan dengan data sebenar.

 

 

Pergerakan Semasa Peristiwa

Reaksi yang sering dinantikan oleh majoriti ‘traders’ kerana impak dan pergerakan harga yang sangat pantas dan besar. Pergerakan harga semasa pengumuman data daripada bank pusat boleh menjadi tinggi kerana majoriti peserta market berada di dalam keadaan yang tidak pasti dan hanya menunggu data yang sebenar diumumkan. Selalunya, ‘traders’ akan menunggu pergerakan seperti ini apabila terdapat pengumuman berkenaan pekerjaan (NFP) dan kadar faedah oleh  Federal Open Market Committee (FOMC).

 

Cara yang terbaik untuk ‘traders’ manfaatkan pergerakan ini adalah dengan menunggu data ekonomi yang dikeluarkan dan ‘react’ dengan data tersebut. Warrent Buffet pernah berkata :

“The market is a device to transfer money from the impatient to the patient”

Hawkish dan Dovish dalam Trading

 

Pergerakan Selepas Peristiwa

Reaksi yang berlaku selepas daripada peristiwa pula adalah reaksi yang lambat dan berlaku selepas pengumuman data ekonomi. Selalunya pergerakkan ini yang akan menyebabkan trend jangka masa panjang di dalam pasaran. Pengumuman seperti komoditi, pendapatan dan gaji serta indeks harga pengguna (CPI) juga bersifat ‘lagging’ dan lebih cenderung untuk bergerak selepas pengumuman data.

 

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: