Home » Risk On dan Risk Off (RORO)

risk on and off

Risk On & Risk Off atau RORO menjelaskan persekitaran atau suasana di mana berlaku tindak balas pergerakan harga pasaran juga perubahan dalam penerimaan risiko oleh pelabur dan pedagang. Menurut RORO, matawang safe haven akan mempunyai penambahan ‘demand‘ apabila suasana pasaran berada dalam keadaan ‘risk off‘. Sebaliknya dalam keadaan ‘risk on‘ matawang safe haven akan mengalami pengurangan nilai berbanding dengan matawang komoditi seperti Autralian Dollar (AUD), New Zealand Dollar (NZD) dan Canadian Dollar (CAD).

 

 

Risk Sentiment

Risk sentiment‘ merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana pandangan dan kelakuan peserta pasaran kewangan sama ada pedagang mahupun pelabur. Perkara yang dipilih oleh pedagang untuk ‘buy‘ atau ‘sell‘ bermakna jumlah yang mereka sanggup dan sedia untuk risikokan dalam pemilihan trade. Ini bermakna dengan memahami risiko dan pandangan pasaran secara kolektif, pedagang dapat mengenalpasti ‘mood’ terhadap keseluruhan pasaran. 

 

Risiko boleh ditakrifkan sebagai pendedahan kepada peluang kepada kerugian juga keuntungan. Jika pedagang mempunyai ‘position‘ di dalam pasaran, pedagang akan terdedah dengan risiko kerana ada potensi dan kemungkinan untuk rugi. Pasaran kewangan juga melibatkan risiko sentimen pedagang berikutan kelemahan mereka kepada 2 emosi utama yang mendorong mereka untuk membuat keputusan.

 

  1. Fear (Ketakutan)
  2. Greed (Tamak)

 

Memandangkan sebahagian besar daripada aktiviti pasaran kewangan adalah berasaskan dengan spekulasi jangka masa pendek, pedagang boleh keluar masuk di dalam pasaran dalam masa yang singkat. Risiko sentimen merupakan satu konsep yang penting untuk para pedagang fahami. Hal ini kerana dengan mengambil tahu tentang risiko sentimen pasaran dapat membantu para pedagang untuk memelihara kapital, mengawal risiko dagangan dan emosi.

 

 

Risk On

Salah satu istilah yang sering dijumpai oleh para pedagang ialah ‘Risk On‘. Apabila pasaran mula mencari risiko di dalam pasaran, maka suasana pasaran boleh dianggap sebagai ‘risk on‘. Suasana ‘risk on‘ boleh dirasakan apabila data ekonomi mula ke arah optimistik, terdapat sokongan daripada data-data positif yang akan datang dan pasaran menunjukkan paras turun naik harga rendah hingga ke paras normal. Para pedagang juga mula mengambil peluang dan mengambil risiko lebih besar dalam posisi dagangan mereka. 

 

Para pedangang juga akan mula mencari peluang untuk membeli aset yang lebih berisiko dan mula menjual aset atau matawang ‘safe haven‘. Selalunya, lebih tinggi risiko yang pedagang sanggup untuk tanggung, lebih tinggi pulangan. Tetapi tidak boleh menolak kemungkinan risiko kerugian juga boleh menjadi besar. Selalunya, reaksi pasaran boleh dikenalpasti dengan pergerakkan harga dan trend yang berlaku. 

 

Apa itu Forex Trading?

 

Risk Off

Istilah yang tidak lari ‘Risk on‘ adalah ‘Risk off‘. Suasana ini boleh dikenalpasti apabila para pedagang mula mencari keselamatan di dalam pegangan aset mereka. Suasana ‘risk off‘ boleh dikenalpasti apabila data ekonomi kelihatan teruk dan semakin merosot. Hal ini boleh menyebabkan ketidaktentuan terhadap pergerakan pasaran. Peristiwa yang mengejutkan serta tidak boleh dijangka boleh menyebabkan sentimen pasaran menjadi ‘risk off‘.

 

Peristiwa seperti wabak Coronavirus (Covid-19), peristiwa krisis kewangan pada tahun 2008, masalah geopolitik seperti peperangan Russia-Ukraine dan pilihan raya di negara utama seperti Amerika Syarikat juga boleh menyebabkan berlakunya sentimen ‘risk off‘. Suasana ‘risk off’ boleh menyebabkan para pedagang enggan untuk membuat dagangan yang lebih berisiko. Apabila para pedagang menjadi ragu-ragu untuk melakukan dagangan yang lebih berisiko, mereka lebih cenderung untuk melakukan 2 perkara iaitu sell (menjual aset berisiko) dan buy (membeli aset selamat) seperti matawang safe haven.

 

Disebabkan tumpuan beralih ke matawang atau aset safe haven, maka potensi berlaku kenaikan harga pada matawang safe haven. Untuk pelabur saham, saham yang lebih selamat untuk dipertimbangkan sebagai safe haven ialah syarikat yang terlibat dengan kesihatan dan servis bekalan makanan. 

 

Ikuti kami untuk mendapatkan info dan berita terkini berkenaan perkembangan isu global dan tempatan. 

Twitter Market Demon

Telegram Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.