Home » Safe Haven

Matawang ‘Safe Haven‘ merupakan matawang yang dijangka akan mengekalkan atau berlaku peningkatan nilai apabila berlakunya ketidakseimbangan geopolitik. Para pelabur memilih matawang ‘safe haven‘ untuk mengurangkan pendedahan mereka kepada kerugian jika berlaku kekacauan di dalam pasaran. Pelaburan di matawang ‘safe haven‘ menawarkan tempat yang selamat dan juga menawarkan perlindungan daripada ketidaktentuan di dalam pasaran. Logam berharga dan saham daripada beberapa sektor tertentu juga boleh dianggap dan dikenalpasti sebagai ‘safe haven‘ sebelum ini. 

 

 

Matawang Amerika Syarikat (USD)

Kekuatan matawang Amerika Syarikat (USD) merupakan salah satu daripada indikator terhadap sentiment ‘risk off’. Jika USD lebih kuat berbanding dengan matawang lain, maka psikologi pasaran “tidak gembira” berikutan pengeluaran data ekonomi atau apa-apa berita. Jika itu berlaku, maka tindakan pelabur akan mula mencari USD sebagai tempat yang selamat untuk didagangkan. Pelabur asing berkemungkinan tinggi untuk membeli matawang USD, maka dengan itu mereka memerlukan USD. 

 

Status USD kekal sebagai ‘safe haven‘ dengan kemampuan ‘US Treasury‘ untuk membayar pelabur mereka. Sejak berlakunya krisis kewangan, apabila berlakunya pergolakan pasaran, para pelabur akan menjual aset yang berisiko dan beralih kepada ‘US Treasury’ dan matawang Amerika Syarikat (USD). Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini terdapat contoh bahawa Yen (JPY) telah menjadi tempat di mana para pelabur pilih sebagai matawang pilihan berbanding USD.

 

 

Matawang Switzerland (CHF)

Kestabilan politik dan ekonomi serta dasar fiskal dan polisi kewangan yang kukuh menjadikan matawang Switzerland (CHF) sebagai matawang yang selamat untuk para pelabur antarabangsa apabila berlakunya krisis global. Meskipun terdapat banyak krisis yang melanda pasaran kewangan global, Switzerland selalu berjaya untuk mengekalkan nilai matawang mereka tanpa ada masalah yang besar. Switzerland juga mempunyai kualiti taraf hidup yang tinggi dan pasaran kewangan yang mempunyai kadar naik turun yang rendah.

 

Jika Swiss Franc (CHF) lebih kukuh berbanding dengan matawang negara utama yang lain, maka terdapat kegawatan ekonomi yang berkemungkinan bertempatan di Eropah. Jika terdapat kegawatan ekonomi lebih lebih lagi di Eropah, pedagang matawang utama yang lain akan mula berpindah ke matawang Switzerland yang lebih selamat. Tindak balas yang berlaku pada Swiss Franc (CHF) boleh menjadi petunjuk bahawa pasaran berada di suasana ‘risk off‘.

 

Mula Berdagang Sekarang 

 

Matawang Japan (JPY)

Kekuatan Japanese Yen (JPY) juga merupakan petunjuk terhadap sentiment ‘risk off‘ di dalam pasaran. Jika matawang Japanese Yen (JPY) lebih kuat berbanding dengan matawang utama yang lain, pandangan pasaran ketika itu berkemungkinan menghadapi impak negatif daripada data ekonomi lebih-lebih lagi yang melibatkan Amerika Syarikat. Gabungan matawang spesifik selalunya akan diperhatikan iaitu AUDJPY dan NZDJPY berikutan tahap popular pasangan matawang ini untuk digunakan dalam keadaan ‘risk on‘. 

 

Japan merupakan negara yang bergantung kepada eksport barangan seperti barangan elektrik dan elektronik, kenderaan dan mesin. Apabila pasaran eksport menjadi kurang persaingan, maka bisnes Jepun akan menjadi kurang untung dan boleh menyebabkan kejatuhan ekuiti. Berikutan daripada itu, kerajaan Jepun berkemungkinan terpaksa untuk menjual Yen dan membeli Dollar. Pada 2015 berikutan ketidakpastian terhadap pasaran global mengenai isu Brexit, Japanese Yen (JPY) merupakan pilihan para pedagang untuk menyelamatkan aset mereka.

 

 

Emas Pilihan Popular (XAU)

Selama bertahun-tahun lamanya, emas selalu dianggap sebagai besi berharga yang mempunyai nilai simpanan yang tinggi. Sebagai komoditi fisikal, emas tidak boleh dicetak seperti wang kertas dan nilainya tidak akan dipengaruhi dengan kadar faedah mana-mana negara dan kerajaan. Disebabkan emas mempunyai nilai sejarah yang kekal berharga sejak bertahun-tahun, emas boleh menjadi sebagai tempat untuk menyelamatkan aset jika berlaku krisis. Sebagai contoh, semasa serangan Russia terhadap Ukraine berlaku, terdapat kenaikan yang signifikan terhadap harga Emas.

 

Sesi Aktif Pasaran Forex

 

Ikuti kami untuk mendapatkan info dan berita terkini berkenaan perkembangan isu global dan tempatan. 

Twitter : Market Demon 

Telegram : Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.