Home » “Bank Dunia” Bagaimana ia berfungsi?

“Bank Dunia” Bagaimana ia berfungsi?

Istilah Bank Dunia kerap kali disebutkan oleh masyarakat kita. Apabila kita berbicara berkenaan ekonomi antarabangsa. Tidak ramai yang tahu apakah fungsi Bank Dunia pada ekonomi.

Bank dunia
gambar 1.0 Ibu pejabat IMF

 

Tujuan “Bank Dunia” Di Tubuhkan?

Pada tahun 1944 dalam persidangan Bretton Wood. Ia di tubuhkan untuk membentuk suatu kerja sama ekonomi dan pembangunan yang mengarah kepada ekonomi yang lebih stabil. Hasil daripada persidangan itu maka terbentuk dua perkara  yang menjadi asas kepada penubuhan Bank Dunia iaitu International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) dan juga International Monetary Fund (IMF).

 

IMF  didorong dengan kerjasama antarabangsa bagi membantu negara-negara membangun dan mempertahankan ekonomi . IMF juga diwujudkan bagi memberi  pinjaman dan membantu negara-negara merancang yang memerlukan. Dana yang diperuntukkan akan mengawal serta mengimbangi aliran keluar masuk serta perubahan nilai. Dana yang ada juga akan digunakan sekiranya berlaku kesusutan terhadap matawang dolar

 

 

 

IBRD di tubuhkan selaras dengan hasrat awal negara Perikatan bekerjasama untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan di negara terjejas akibat perang, selain membantu meningkatkan kemampuan ekonomi negara anggota menerusi pinjaman bagi infrastruktur negara. Penerima pinjaman IBRD yang pertama setelah diwujudkan adalah negara Perancis. Ini terjadi setelah negara itu memohon pinjaman sebanyak $250 juta dollar bagi pembangunan infrastruktur .

 

Walaupun pada mulanya ditubuhkan untuk membantu pembangunan semula akibat kesan perang bagi negara-negara anggota. Bantuan yang disalurkan mula mendapat permohonan daripada negara membangun dan Chile menjadi antara negara terawal mendapat suntikan dana daripada pertubuhan ini.

 

 

Bank Dunia
Gambar 1.1 Logo IBRD

 

International Development Association (IDA)

Bank Dunia mula menumpukan perhatian kepada usaha-usaha lain selepas selesai menjalankan kerja pemulihan di negara Eropah. Dasar mereka yang sebelum itu tertutup, kini terbuka agar lebih bersifat lebih umum. Pelbagai perubahan dan penambahan dalam visi serta matlamat yang baru. IBRD juga diberi kuasa untuk menyalurkan bantuan pada mana-mana negara bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang infrastruktur , pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Bagi mencapai hasrat itu, International Development Association (IDA) ditubuhkan pada tahun 1960.

 

 International Development Association (IDA) ditubuhkan bagi membantu negara-negara yang diiktiraf sebagai miskin. Negara yang tidak layak dapat bantuan kewangan dari mana-mana institusi perbankan dunia. Walau demikian, bukan semua negara layak mendapat pinjaman dari IDA. Sebuah negara dalam kategori layak untuk meminjam sekiranya pendapatan kapita negara tersebut tidak melebihi $1,175 dolar pada ketika itu.

 

 

           

                                                                                                                                            Bonus 100%

Baca Juga: Sejarah Emas Dunia

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon
Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.