Home » Sejarah Penubuhan Bank Pusat Amerika Syarikat (Bahagian 1)

Sejarah Penubuhan Bank Pusat Amerika Syarikat (Bahagian 1)

Bank Pusat Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai “The Fed” merupakan antara salah satu institusi kewangan yang popular dalam pasaran kewangan. Sebagai bank pusat negara, The Fed telah melaksanakan lima fungsi utama bagi menggalakkan kestabilan sistem kewangan Amerika Syarikat. Antara fungsi tersebut ialah:

 

  1. Menjalankan polisi kewangan negara
  2. Menjaga kestabilan sistem kewangan
  3. Menjaga kestabilan dan kekukuhan setiap institusi kewangan
  4. Memupuk kecekapan dan keselamatan sistem pembayaran
  5. Menggalakkan perlindungan pengguna dan pembangunan masyarakat

 

Sebagai seorang pedagang, kita sentiasa menantikan laporan ekonomi dari The Fed seperti The Federal Open Market Committee (FOMC) dan Non-Farm Employment Change (NFP). Hal ini disebabkan pengaruh Amerika Syarikat yang besar terhadap ekonomi dunia. Majoriti keputusan dasar monetarinya akan memberi impak bukan sahaja kepada pasaran Amerika Syarikat tetapi terhadap dunia. Tetapi, tahukah anda asal usul The Fed? Mengapa The Fed ditubuhkan?

 

1775-1791: Mata Wang Amerika Syarikat

Untuk membiayai Revolusi Amerika Syarikat pada 1775, Continental Congress telah mencetak mata wang kertas yang pertama. Dikenali sebagai “Continentals”, wang fiat ini telah dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak bagi membiayai peperangan. Namun, Continentals telah hilang nilainya pada kadar yang cepat disebabkan oleh:

 

  1. Tidak diikat dengan aset fizikal seperti emas atau perak
  2. Krisis inflasi yang teruk di Amerika Syarikat

 

Mata wang ini dicetak dengan kadar yang banyak bagi membiayai peperangan. Tetapi, terdapat kesan sampingan akibat aktiviti ini di mana ia menyebabkan berlakunya krisis inflasi yang teruk di Amerika Syarikat. Pada mulanya, inflasi ini dipandang ringan. Akan tetapi, semakin lama peperangan berlaku, krisis inflasi tersebut menjadi semakin teruk. Oleh sebab itu, matawang ini telah hilang nilainya sehingga terciptalah perkataan “Not Worth a Continental” yang membawa maksud tidak bernilai sama sekali.

 

Setelah Perang Revolusi telah berakhir, Amerika Syarikat telah menanggung hutang yang besar. Antara penyumbang utama hutang ini disebabkan oleh kerajaan negeri di Amerika Syarikat. Pada waktu tersebut, tiada mata wang rasmi di Amerika Syarikat. Oleh itu, kerajaan negeri telah mencipta mata wang yang tersendiri. Mereka juga telah mencetaknya dengan kadar yang banyak bagi membiayai peperangan yang sedang berlaku.

 

George Washington telah menugaskan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Alexander Hamilton bagi menyelesaikan masalah ini. Beliau berpendapat bahawa cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini adalah kerajaan persekutuan perlu mengambil alih hutang bagi setiap negeri. Cara ini juga dapat mewujudkan satu sentimen di mana kerajaan persekutuan lebih berkuasa dari kerajaan negeri. Oleh itu, segala tindakan dari kerajaan negeri perlu mendapat persetujuan dari kerajaan persekutuan.

 

Sejarah Penubuhan Bank Pusat Amerika Syarikat
Mata Wang Continentals yang Bernilai $1

 

1791-1811: Bank Pertama Amerika Syarikat

Kerajaan persekutuan telah mewartakan agar kerajaan negeri tidak boleh mencetak mata wang mereka yang tersendiri. Alexander Washington mencadangkan agar bank rasmi negara ditubuhkan. Beliau mengambil inspirasi tersebut daripada Bank of England. Hamilton telah menulis manifesto sebanyak 15,000 patah perkataan dan membentangkannya di hadapan Presiden Washington. Hasilnya, kerajaan persekutuan telah menubuhkan The Bank of the United States pada tahun 1790. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk:

 

  1. Membiayai hutang disebabkan oleh peperangan semasa Revolusi Amerika
  2. Meletakkan kerajaan pada tahap kewangan yang kukuh
  3. Mencetak mata wang rasmi Amerika Syarikat

 

Bank ini berjaya mengumpul modal permulaan sebanyak $10 juta hasil daripada penjualan saham. Pada waktu tersebut (1790), jumlah ini dianggap besar. Kerajaan persekutuan mempunyai milikan sebanyak $2 juta dan bakinya dimiliki oleh pelabur swasta. Ibu pejabat bank ini terletak di Philadephia dan mempunyai lapan cawangan lain. Cawangan-cawangan ini terletak di bandar-bandar utama Amerika Syarikat.

 

Walaupun tujuan utamanya untuk membiayai hutang kerajaan, Hamilton juga ingin menjadikan bank ini sebagai bank komersial. Visi Hamilton adalah untuk menjadikan bank ini sebagai sumber utama bagi peniaga yang ingin mencari modal bagi perniagaan mereka. Di samping itu, visi Hamilton ini juga seperti sambil menyelam minum air kerana ia juga dapat membantu ekonomi Amerika Syarikat untuk terus berkembang.

 

 

Idea Hamilton ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan. Matlamat utama bank ini tercapai kerana hutang negara dapat dikawal sepenuhnya. Namun, terdapat pihak yang masih menentang idea  penubuhan bank ini. Mereka berpendapat bahawa bank ini tidak mengikut perlembagaan. Perlembagaan memberi kuasa kepada Kongres untuk mengutip cukai dan mencetak wang, bukannya sebuah syarikat swasta.

 

Selain itu, ramai pihak yang menganggap bank negara bukanlah satu keperluan lagi disebabkan oleh hutang negara yang berjaya dikawal sepenuhnya. Jadi pada tahun 1811, dengan perbezaan satu undian, Kongres menolak untuk memperbaharui piagam bank. Bank ini terpaksa menghentikan operasinya pada tahun tersebut.

 

Baca Juga : Forex Trading

Ikuti Kami di Twitter : Market Demon

Ikuti Kami di Telegram : Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.