Home » Sesi Aktif Pasaran Forex

Sesi Aktif Pasaran Forex

Sesi aktif

 

Sesi aktif pasaran forex boleh di manfaatkan oleh pedagang yang menggunakan pedekatan jangka masa pendek. Hal ini kerana, dengan mengetahui sesi aktif di dalam pasaran, ‘traders‘ dapat memanfaatkan pergerakan yang besar tanpa perlu berada di dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama. Jika para ‘traders‘ berada di dalam pasaran terlalu lama, mereka boleh terdedah dengan pelbagai masalah psikologi dan mental. Maka dengan rancangan dan ‘timing‘ yang tepat, para ‘traders‘ dapat memanfaatkan sesi aktif dengan lebih efisien.

 

Sesi aktif matawang juga dipengaruhi oleh kedudukan geografi negara. Sebagai contoh, matawang Singapura (SGD) mempunyai ‘volume‘ yang lebih tinggi pada sesi aktif Asia kerana para pelabur di negara mereka yang aktif pada waktu tersebut. Pasaran saham negara mereka juga dibuka pada waktu tersebut.

 

 

Sesi Aktif Asia

Untuk para ‘traders‘ forex yang berada di Asia, disebabkan perbezaan jarak waktu aktif antara Australia dan Asia tidak terlalu jauh, maka ‘traders‘ yang berdagang boleh memulakan hari dengan mencari peluang pada pasangan matawang yang paling aktif iaitu matawang Aussie Dollar dan Japanese Yen (AUDJPY).

 

Walau bagaimanapun, ‘traders‘ juga boleh mengambil mana-mana matawang yang dipasangkan antara Aussie Dollar (AUD), New Zealand Dollar (NZD) dan Japanese Yen (JPY). Gabungan matawang popular yang berpotensi untuk mempunyai pergerakkan besar di dalam sesi :

 

  • AUDCAD
  • AUDCHF
  • AUDJPY
  • AUDUSD
  • AUDNZD
  • EURAUD
  • EURJPY
  • GBPAUD
  • GBPJPY
  • GBPNZD
  • USDJPY
  • NZDCAD
  • NZDCHF
  • NZDJPY
  • NZDUSD

 

 

Sesi Aktif Eropah

Sama seperti pada sesi Asia, sesi aktif Eropah pula melibatkan negara-negara yang berada di Eropah seperti, Perancis, German dan Great Britain. Meskipun Britain telah keluar dari EU tetapi ini tidak mengubah kedudukan geografi negara tersebut. Maka, pasaran saham di Europah mula aktif pada 3:30 petang waktu Malaysia (GMT +8).

 

Ketika ini, pelabur di Eropah mula memasuki pasaran dan penambahan ‘volume‘ di dalam market boleh membuatkan harga matawang ‘volatile‘. Gabungan matawang popular yang berpotensi tinggi untuk mempunyai pergerakan di dalam sesi Eropah ialah :

 

  • EURAUD
  • EURCAD
  • EURCHF
  • EURJPY
  • EURGBP
  • EURUSD
  • EURNZD
  • GBPAUD
  • GBPCAD
  • GBPCHF
  • GBPJPY
  • GBPUSD
  • GBPNZD

Dapatkan 30 USD Percuma

Sesi Aktif US

Sesi aktif forex di US merupakan sesi yang paling aktif dalam pasaran dagangan harian. Hal ini kerana, tumpuan lebih pada sesi US menyebabkan lebih banyak ‘traders‘ di dunia memasuki pasaran ketika ini. Juga pertindihan dua sesi utama iaitu sesi Eropah dan sesi US menyebabkan pergerakan harga matawang bergerak dengan lebih pantas.

 

Data ekonomi yang penting juga selalunya diumumkan sejam sebelum pembukaan pasaran di US. Maka, ‘volatility‘ pasaran ketika ini menjadi lebih besar berbanding sesi Asia dan Eropah. Gabungan matawang popular yang berpotensi tinggi untuk mempunyai pergerakan di dalam sesi US ialah :

 

  • AUDUSD
  • AUDCAD
  • CADCHF
  • CADJPY
  • EURCAD
  • EURUSD
  • GBPCAD
  • GBPUSD
  • USDCAD
  • USDCHF
  • USDJPY
  • NZDCAD
  • NZDUSD

Apa itu Forex Trading?

 

Pengetahuan tambahan : Reaksi Market dalam Trading

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

   

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.