Home » Pendapat Terbaru Stanley Druckenmiller Tentang Cryptocurrency

Pendapat Terbaru Stanley Druckenmiller Tentang Cryptocurrency

Pendapat Stanley Druckenmiller Tentang Bitcoin

Stanley Druckenmiller mempunyai pandangan yang berubah-ubah mengenai Bitcoin. Beberapa tahun yang lalu beliau berkata,

 

“Crypto dan Bitcoin adalah punca masalah. Apa yang mereka semua cari? Kita sudah mempunyai mata wang. Ia dipanggil US Dollar.”

 

Pergerakan pertama dalam Bitcoin dari $50 hingga &17,000 hanya membuat Druckenmiller terperanjat. Harga Bitcoin semakin meningkat walaupun beliau tidak memikirkannya. Druckenmiller berkata beliau tidak dapat menahan hakikat bahawa ia semakin meningkat dan beliau tidak memilikinya. Beliau tidak pernah membelinya dari $50 hingga $17,000 dan merasakan sangat bodoh. Kemudian harga Bitcoin turun semula kepada $3,000.

 

Seterusnya, beberapa peristiwa terjadi. Druckenmiller menemui masalahnya, iaitu Federal Reserve Bank (Fed). Masalah utama ialah Fed dan bank-bank pusat dunia menjadi tidak betul dan membuatkan wang fiat diragui berbanding ketika Druckenmiller memiliki emas. Selepas itu, beliau mendapat panggilan daripada pengurus Hedge Fund berstatus bilionair, Paul Jones. Paul Jones berkata,

 

“… Apabila harga Bitcoin berubah daripada $17,000 kepada $3,000, sebanyak 86% orang yang memilikinya pada harga $17,000, tidak menjual Bitcoin.”

 

Stanley Druckenmiller tertanya-tanya siapa yang memegang Bitcoin dari harga $17,000 hingga $3,000? Ini adalah fenomena kegilaan Bank Pusat yang baru. Beberapa tahun berlalu dan harganya meningkat kepada $6,000. Beliau terpaksa membelinya kerana terdapat golongan muda yang sudah jauh lebih kaya daripadanya dan mereka akan memperoleh lebih banyak keuntungan berbandingnya pada masa hadapan.

 

Atas sebab tertentu, golongan muda ini melihat Bitcoin seperti mana Stanley Druckenmiller melihat emas, iaitu penyimpan nilai apabila mata wang meragukan. Beliau cuba membeli sebanyak $100 juta Bitcoin pada harga $6,200. Beliau mengambil masa selama 2 minggu untuk membeli sebanyak $20 juta Bitcoin. Menurut beliau,

 

“Ini tidak masuk akal kerana perlu mengambil masa selama dua minggu untuk membeli sebanyak $20 juta. Saya boleh membeli emas sebanyak itu dalam masa 2 saat.”

 

Apa yang berlaku selepas itu, harga Bitcoin didagangkan pada $36,000. Beliau menjual sebahagian daripadanya. Kata beliau, jiwanya tidak berada dalam aset tersebut. Beliau seorang dinasour berusia 68 tahun, tetapi harga Bitcoin mula bergerak dan institusi mula menaikkannya, beliau tidak dapat menyesuaikan dirinya. Stanley Druckenmiller turut mengakui memiliki saham syarikat Palantir dan mereka mengumumkan akan menerima Bitcoin serta mungkin melaburkannya.

 

Pendapat Stanley Druckenmiller Tentang Bitcoin Dan Ethereum

Stanley Druckenmiller merasakan Bitcoin lebih menonjol sebagai alat penyimpan nilai berbanding Ethereum kerana :

1. Bitcoin merupakan jenama
2. Bitcoin telah wujud selama 13-14 tahun
3. Bitcoin mempunyai bekalan yang terhad

 

Adakah Bitcoin Akan Menjadi Emas?

Stanley Druckenmiller menjawab beliau tidak pasti. Walau bagaimanapun Bitcoin merupakan emas digital yang lebih baik berbanding cryptocurrency yang lain. Bitcoin sangat sukar untuk disingkirkan oleh pesaing-pesaingnya. Namun, Ethereum merupakan peneraju dalam kontrak pintar dan fasilitator perdagangan. Tetapi Druckenmiller sedikit ragu-ragu sama ada Ethereum boleh mengekalkan kedudukannya.

 

Beliau mengimbau tentang MySpace sebelum kewujudan Facebook, dan Yahoo sebelum kedatangan Google. Walaupun Google wujud kemudian, tetapi ia berjaya menggantikan kedudukan Yahoo. Tambah beliau lagi, salah satu kaedah dalam pelaburan adalah cuba dan mengenalpasti kecenderungan orang ramai. Kebanyakan generasi muda mencintai cryptocurrency dan ramai yang melabur dalam pasaran tersebut.

 

Pendapat Stanley Druckenmiller Tentang Dogecoin

Dogecoin merupakan jenaka kepada beliau. Beliau hanya ketawa apabila harganya melonjak. Katanya,

 

“Dogecoin sama seperti NFTs. Ia adalah manifestasi dasar monetari paling gila dalam sejarah. Dan saya fikir kerana bekalannya tiada had, saya tidak melihat ia berguna pada masa sekarang.”

 

Menurut beliau lagi, Dogecoin hanya gelombang wang dalam Greater Fool Theory. Beliau hanya menganggap Dogecoin tidak wujud. Beliau langsung tidak memikirkannya dan Dogecoin tidak mengganggunya apabila harga cryptocurrency tersebut meningkat. Berbeza apabila harga Bitcoin mengalami kenaikan, Druckenmiller tidak senang duduk kerana tidak memilikinya. Nasihat beliau, jauhkan diri dari Dogecoin melainkan jika anda sukakan perjudian.

 

Baca Juga : Tips Pelaburan Dari Stanley Druckenmiller

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Stanley Druckenmiller

Leave a Reply

Your email address will not be published.