Home » Tips Menulis Dari Penulis Tersohor

Tips Menulis Dari Penulis Tersohor

Tips Menulis Dari Penulis
Kredit: unsplash.com

Anda ada keinginan untuk menulis secara konsisten?

 

Jika anda ingin berjaya, anda perlu mengikut cara orang yang berjaya. Berikut merupakan tips menulis dari penulis tersohor seperti Stephen King dan Chuck Palahniuk.

 

Tips Menulis #1: Banyakkan Membaca

Jika hendak menjadi seorang penulis yang bagus, anda perlu pertama sekali menjadi seorang yang banyak membaca. Sumber tidak terhad kepada buku sahaja, anda juga boleh baca apa-apa sahaja yang memberi maklumat seperti majalah, manual dan sebagainya.

 

Genre buku juga perlulah pelbagai. Jangan hadkan diri anda untuk hanya membaca buku bukan fiksyen, bahkan banyak penulis juga menyukai untuk membaca buku-buku fiksyen supaya dapat merangsang lagi kreativiti yang mereka ada untuk menulis.

 

Tips Menulis #2: Mula Menulis

Ramai orang suka mempunyai sikap tangguh. Mereka sentiasa berazam untuk menulis pada “suatu hari nanti”. Mereka kata:

Aku akan menulis pada masa yang sesuai, tempat yang sesuai, dan ketika ada kelapangan.

 

Jika anda mempunyai azam untuk menulis, lakukannya sekarang. Kalau betul-betul tidak ada masa, anda perlu jadualkan masa dan lakukannya secepat mungkin.

 

Pepatah Cina ada mengatakan:

Waktu terbaik untuk menanam pokok merupakan 20 tahun lepas, waktu kedua terbaik merupakan hari ini.

Maka, lakukan hari ini.

 

Menulis Setiap Hari

Anda perlu menjadi seorang yang konsisten untuk menulis setiap hari. Cuba letakkan matlamat dengan menulis sekurang-kurangnya 200 patah perkataan setiap hari. Anda boleh sahaja menyuntingnya pada hari yang lain. Perkara ini perlu dibuat untuk mengelak dari writer’s block.

In the short term, aim for intensity. For the long term, aim for consistency.

 

Menurut ayat di atas, anda perlu konsisten dalam usaha anda untuk jangka masa yang panjang.

 

Penulis buku Fight Club iaitu Chuck Palahniuk memberi beberapa petua untuk menulis antaranya dengan menggunakan jam loceng. Beliau berkata:

Bila anda ada perasaan untuk tidak mahu menulis, tetapkan masa selama satu jam atau setengah jam dengan menggunakan jam loceng dan menulis sehingga jam loceng tersebut berdering. Jika benar-benar tidak menggemari untuk menulis, anda hanya perlu lakukannya selama satu jam sahaja lagi. Tetapi pada kebiasaannya, selepas satu jam, anda akan menjadi begitu seronok menulis sehingga anda tidak mahu untuk berhenti.

 

Manakala penulis genre seram dan thriller iaitu Stephen King juga mempunyai tabiat iaitu beliau cuba untuk menyiapkan sebanyak enam muka surat dalam sehari.

 

Kesimpulannya, anda tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk menulis. Anda hanya perlu untuk mula. Nasihat ini bukan hanya praktikal dalam menulis bahkan dalam semua jenis aktiviti bermanfaat yang anda boleh lakukan. Saya akhiri dengan kata-kata dari pakar motivasi tersohor iaitu Zig ZIglar:

You don’t have to great to get started, but you have to start to be great

 

Baca juga: Senarai Buku Pelaburan dan Kewangan Terbaik

Ikuti Kami di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami di Telegram: Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published.