Home » Trend Indicator

Trend Indicator

Trend Indicator adalah salah satu Trading Indicator yang digunakan untuk mengenal pasti trend harga. Kebanyakan pedagang menggunakan kaedah trend untuk mendapatkan keuntungan mereka melalui stratergi yang menggunakan trend sebagai arah utama mereka. Kaedah ini membantu pedagang cuba menangkap momentum dalam pasaran. Namun, sudah tentu tiada indicator teknikal yang memastikan keuntungan. Semuanya bergantung pada pedagang sendiri dari segi pengurusan risiko dan juga psikologi perdagangan. Penggunaan indicator hanya untuk membantu memudahkan pedagang menganalisis pasaran.

 

Moving Average

Moving Average adalah alat analisis teknikal yang meratakan data harga dengan mencipta harga purata yang sentiasa dikemaskini. Pada carta, Moving Average membuat satu garis lurus untuk menghilangkan sebarang harga yang tidak seragam disebabkan naik turun harga secara rawak. Purata tersebut diambil dalam tempoh tertentu seperti 4 jam, 1 jam dan 15 minit atau mana-mana timeframe yang dipilih oleh pedagang. Bagi pelabur atau pengikut trend jangka masa panjang, timeframe yang lebih besar akan digunakan.

 

Terdapat beberapa cara untuk menggunakan indicator Moving Average. Antaranya adalah melihat arah pergerakan indicator tersebut. Jika indicator tersebut bergerak secara mendatar, harga berada dalam keadaan yang tidak trending dan secara ranging. Apabila ranging berlaku, harga cenderung untuk bergerak diantara resistance dan support untuk satu tempoh masa.

 

Jika harga berada di atas indicator, ia menandakan harga tersebut sedang berada dalam keadaan yang trending dan begitu juga sebaliknya. Walaubagaimanapun, indicator ini tidak meramal tentang nilai sesuatu harga, Ia hanya menunjukkan apa yang dilakukan oleh harga secara purata.

 

Crossover adalah cara yang lain untuk menggunakan Moving Average. Dengan menggunakan 20 dan 50 Moving Average, persilangan yang berlaku antara dua indicator tersebut memberi gambaran kepada pedagang untuk melakukan tindakan seterusnya. Namun jika harga bergerak lebih rawak berbanding indicator, kaedah ini terdedah kepada pergerakan palsu. Timeframe yang digunakan boleh berubah mengikut kesesuaian pedagang,

Moving Average

 

Moving Average juga boleh menjadi support atau resistance kepada harga. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana 200 Moving Average menjadi resistance. Harga memberi reaksi setelah mencapai indicator tersebut,

Moving Average

Relative Strength Index (RSI)

 

Relative Strength Index (RSI) adalah antara indicator yang menunjukkan kekuatan momentum sesuatu harga. Salah satu cara untuk mentafsir RSI adalah melihat harga pada”overbought” di paras di atas 70 dan pada “oversold” di paras 30 dan ke bawah.

 

Pada uptrend yang mempunyai momentum tinggi, harga selalunya akan mencapai paras 70 untuk satu tempoh masa yang berterusan dan juga ketika downtrend, harga akan mencapai paras bawah 30. Walaupun paras “overbought” dan  “oversold” kadang kala menjadi tepat, namun ia mungkin tidak dapat memberikan informasi yang betul sepanjang masa. Secara umumnya pedagang membeli ketika indicator mencapai paras “oversold” ketika uptrend dan menjual ketika harga berada ni “overbought” semasa downtrend. Pedagang juga boleh menggunakan paras 50 sebagai penanda untuk memastikan momentum masih kuat ataupun tidak.

 

Sebagai contoh, ketika downtrend dan indicator RSI pada paras bawah 50. Apabila paras indicator tersebut kembali pada paras 50, berkemungkinan harga sedang membuat “pullback” untuk meneruskan trend. Paras 50 digunakan kerana kebanyakan masa ketika berlakunya sesuatu trend, RSI tidak mencapai paras 70 atau “overbought” melainkan berlakunya perubahan trend.

Relative Strength Index RSI

 

Kesimpulan

 

Indicator dapat memudahkan informasi yang diberikan pada harga di samping membantu pedagang untuk memastikan sesuatu trend. Indicator boleh digunakan pada semua timeframe dan pembolehubahnya boleh berubah mengikut kesesuaian pedagang. Pedagang boleh menggabungkan penggunaan indicator dan stratergi yang digunakan untuk membantu membuat keputusan di pasaran.

 

Baca juga: Trading Indicator

Ikuti kami di Twitter: Market Demon

Ikuti kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.