Home » Volatility Indicator

Volatility Indicator

Maksud Volatility

 

Volatility adalah ukuran statistik tentang taburan harga dalam sesebuah aset dalam pasaran. Apabila pasaran menjadi semakin volatile, risiko juga akan bertambah ketika berdagang. Dalam pasaran, Volatility selalunya dikaitkan dengan perubahan harga yang besar atau lebih dikenali sebagai “swing”. Sebagai contoh, ketika pasaran saham meningkat atau menurun sebanyak satu peratus dalam satu tempoh masa, ia dianggap sebagai “volatile market”.

 

Volatility merujuk kepada jumlah ketidaktentuan atau risiko yang berkaitan dengan saiz perubahan harga dalam pasaran. Volatility yang tinggi bermaksud nilai pasaran berpotensi bergerak dalam jumlah yang besar. Ini bermakna harga boleh berubah secara mendadak dalam masa yang singkat pada salah satu arah. Volatility yang rendah tidak akan berubah secara mengejut dan lebih stabil.

 

Apa itu Volatility Indicator?

 

Pedagang dan penganalisis menggunakan pelbagai jenis indicator untuk mengetahui Volatility dalam sesebuah pasaran dan juga menentukan waktu yang paling optimum ketika keluar dan masuk pasaran. Walaupun pasaran yang lebih Volatile menyebabkan perdagangan lebih berisiko, tetapi pergerakan pasaran yang ekstrem dapat menjadikan peluang keuntungan untuk pedagang yang berpengalaman. Antara alat yang sering digunakan untuk mengukur Volatility sesebuah aset dalam pasaran adalah Bollinger Band.

 

 

Bollinger Band

 

Bollinger Band adalah alat analisis teknikal yang mempunyai satu pasang “trendline” yang diplot pada carta dan satu garisan di tengah diwakili oleh Simple Moving Average (SMA). Indicator ini boleh diubah mengikut cara penggunaan pedagang itu sendiri. Bollinger Band diciptakan oleh seorang pedagang teknikal yang terkenal iaitu John Bollinger. Indicator ini dibuat untuk mencari peluang yang memberikan pedagang kebarangkalian yang lebih tinggi dengan mengenal pasti sama ada harga sedang “overbought” atau “oversold”.

 

Pedagang percaya semakin hampir harga bergerak ke arah “upper band”, harga pasaran menjadi semakin “overbought” manakali apabila harga bergerak ke arah “lower band”, pasaran menjadi oversold. Perhatikan carta dibawah yang menunjukkan Bollinger Band bergerak bersama dengan harga. Oleh kerana indicator ini digunakan untuk mengukur Volatility, “band” pada indicator ini akan mengembang apabila harga dalam pasaran bergerak dengan laju. Apabila gerakan harga menjadi perlahan, “band” tersebut akan menguncup.

 

Perhatikan bagaimana harga bergerak apabila sampai ke salah satu “band”.

 

Apabila “band” merapat antara satu sama lain, SMA juga bergerak secara mendatar, pergerakan ini dipanggil Squeeze. Ini menandakan bahawa harga dalam pasaran sedang bergerak secara perlahan dan ini menandakan bahawa harga pasaran bakal bergerak dengan laju terutama sekali ketika pembukaan sesi yang aktif. Sebaliknya, jika “band” semakin menjauh antara satu sama lain, ada kemungkinan bahawa kelajuan harga akan berkurangan apabila waktu sesi aktif telah tamat.

 

Walaubagaimanapun keadaan ini bukanlah isyarat kepada pedagang untuk masuk ke dalam pasaran. “Band” pada indicator ini tidak memberikan petunjuk bahawa bila perubahan harga akan berlaku atapun ke arah mana harga akan bergerak.

 

 

Had Penggunaan Bollinger Band

 

Bollinger Band bukanlah sistem perdagangan yang boleh berdiri dengan sendiri. Indicator ini hanyalah penunjuk yang direka untuk mengenal pasti Volatility harga dalam pasaran bagi para pedagang. John Bollinger sendiri mencadangkan menggunakan indicator ini bersama indicator lain yang tidak berkait dengan Volatility untuk memberi gambaran yang lebih jelas dalam pasaran. Beliau percaya bahawa ianya penting untuk menggunakan indicator yang memberikan jenis data berbeza.

 

Selain itu, penggunaan Simple Moving Average dan dua Standard Deviation mungkin tidak sesuai untuk semua orang dalam setiap situasi. Pedagang perlu melaras indicator ini mengikut keselesaan dan cara dagangan mereka sendiri.

 

Kesimpulan

 

Volatility pasaran melalui kitaran yang mempunyai tinggi dan rendah pada harga. Pedagang melihat arah pergerakan harga apabila berlakunya peningkatan kelajuan harga, ia berkemungkinan menjadi petanda sesebuah trend harga akan berlaku. Bollinger Band boleh diaplikasikan pada saham, komoditi, FOREX dan indeks.

 

Trading with indicators is second hand information. Trading with price action is first hand information.

 

Baca juga: Oscillator Indicator

Ikuti kami di Twitter: Market Demon

Ikuti kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.