Home » Zen Trader Jutawan Misteri

Zen Trader Jutawan Misteri

Sosok Zen Misteri dalam dunia pelaburan

Dalam buku The New Market Wizards oleh Jack Schwager, terdapat seorang trader misteri yang dikenali sebagai zen trader. Tokoh ini dikhabarkan telah mempunyai kadar untung yang tinggi tapi enggan untuk mendedahkan identiti sebenar kerana tidak mahu dirinya diragui oleh klien-klien beliau. Hal ini kerana metode ganjil yang beliau gunakan dalam trading.

 

Ketika ditanya mengenai sistem yang digunakan, beliau memberi jawapan sebegini:

Tiada sistem. Ia tidak lebih dari mengatakan “pasaran hari ini akan naik, maka saya akan beli”. “Rasanya harga sudah cukup tinggi, maka saya akan jual”. Semuanya dilakukan secara gerakan hati. Saya tidak duduk dan memikirkan apa-apa pelan untuk trade. Saya tidak tahu dari mana datang naluri tersebut, dan adakalanya ia tidak kunjung tiba.

 

 

Beliau menentukan bila perkara itu iaitu naluri trading tidak datang ketika beliau telah rugi sebanyak tiga kali. Selepas itu, beliau akan trade menggunakan akaun demo.

 

 

Beliau akan menggunakan akaun demo sehingga beliau serasi semula dengan pasaran. Setiap pasaran mempunyai ritmanya sendiri. Tugas seorang trader ialah cuba untuk jadi serasi dengan ritma tersebut. Beliau mengatakan ketika keadaan berlaku, beliau tidak sedang trade. Aktiviti trading yang sedang berlaku.

 

 

Ayat di atas kelihatan begitu aneh, kemudian beliau mengulas dengan lebih lanjut:

Berlaku jual dan beli, tetapi ianya hanya melalui saya. Ia seperti keperibadian dan ego saya tidak ada pada masa itu. Saya tidak mendapat kepuasan dengan trade tersebut. Semuanya objektif secara mutlak.

 

 

Nasihat Keemasan Zen

Ketika ditanya mengenai bagaimana cara beliau trade, beliau memberi analogi busar dan anak panah sambil menggunakan sebuah buku yang bertajuk Zen and the Art of Archery sebagai rujukan.

 

 

Beliau mengatakan:

Intipadi kepada idea ini ialah anda perlu belajar untuk membiarkan anak panah tersebut bergerak dengan sendirinya. Tiada ego yang terlibat. Ianya bukan “saya tengah memanah, dan saya melepaskan anak panah dari busarnya”. Tetapi, anak panah sudah dilepaskan dan ia sentiasa betul.

Konsep yang sama digunakan dalam trading. Tiada pemikiran yang mementingkan diri sendiri. Hanya kesedaran mengenai apa yang sedang berlaku. Perkara yang paling penting ialah membezakan mengenai perkara yang anda mahu berlaku dan perkara yang anda tahu akan berlaku. Naluri akan tahu apa akan berlaku.

Dalam trading, seperti memanah, bila ada usaha, paksaan, tekanan, pergelutan, atau cubaan, ia telah salah. Awak sudah tidak serasi: awak sudah tidak harmoni dengan pasaran. Trade yang sempurna merupakan trade tanpa kerja yang terlalu keras atau effortless.

 

Daripada petikan di atas, perkara yang disampaikan agak aneh dan mungkin sukar untuk diamalkan. Namun, terdapat suatu makam yang lebih tinggi yang dicapai oleh zen trader yang akhirnya memberikan pulangan yang sangat lumayan. Anda boleh cuba praktikkan. Jika anda merasakan, trading begitu memberi tekanan yang tinggi, anda telah melakukan kesilapan.

 

Baca juga: Pemikiran Minimalisme Dan Kesederhanaan

Ikuti Kami di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami di Telegram: Market Demon

 

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: